Friday 21 October 2011

mereka ibarat sebuah gelas sudah berisi air :)

Mereka...,
Ibarat gelas-gelas yang sudah berisi air...
Itulah yang saya selalu gambarkan tentang anak murid saya...
Semasa mengajar, itu yang selalu saya ingatkan kepada diri saya...
Bagi saya,mereka bukan sebuah gelas yang kosong,empthy..
Ilmu mereka sudah ada sedikit,suku,separuh,tiga perempat air ilmu di dalam diri mereka...
Maka saya akan bertindak untuk memenuhinya..
Air ilmu itu akan penuh,atau tidak penuh, atau melimpah....

itu bergantung kepada banyak sebab...

Saya tidak pernah menganggap mereka kosong,tidak tahu apa2 tentang sesuatu :)
Namun,bukan mudah sebenarnya,mencampurkan air yang baru dengan air yang sudah sedia ada...

 
Tapi apa yang saya harapkan saya sentiasa menjadi sebuah jug yang akan mengisi gelas-gelas itu
dengan air ilmu yang bermanfaat,
memberi perisa yang sedap,
tidak pernah basi,
mewarna air menjadi lebih menarik
dan air ilmu yang mereka perolehi itu memberi manfaat kepada semua yang meminumnya..,
bukan sakit perut kerananya :)

--------------`---------------------<@Coretan dari Tcheersaadah@>------------------,-----

Tuesday 4 October 2011

they HEART me !!!


   
BATCH FORM 3 2011 MRSMTGS

THEY HEART ME!!haha..yeah..mereka memberi seribu makna kepada saya...
mereka bagaikan 136 orang anak saya yang saya ada..jika mereka anak,maka saya ada seribu satu macam ragam daripada 136 orang anak-anak ini...


Sejarah menemukan saya dengan mereka ketika tahun 2010,ketika mereka
tingkatan 2..Ketika itu saya dilantik menjadi Penyelaras PGG Tingkatan 2 oleh pihak maktab.

Alhamdulillah,saya masih bersama mereka kerana pada tahun ini,2011,saya dilantik menjadi Penyelaras Tingkatan 3 2011.(Sangat besar tanggungjawabnya...).
Saya bersyukur, saya tidak bergerak seorang,saya mempunyai rakan2 dan adik2 guru seperjuangan yang sentiasa berbincang dan melaksanakan tugas sebagai satu team yang saya sangat selesa...saya tidak pernah saya rasa saya ketua bila bersama guru2 malahan saya rasa saya hanya bergerak bersama2 mereka membantu anak2 didik kami ini.Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 dan adik2 guru kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya,dan saya memohon maaf atas kesilapan saya secara sedar atau tidak...Semoga Allah dan kejayaan sentiasa bersama kita,di dunia dan akhirat.Amin...


Berbalik semula kepada anak2 cOmel ini...Mendidik mereka bagi saya,adalah satu cabaran besar,objektif yang di permukaan sudah tentu mahu mereka mendapat 8A dlm PMR 2011 ini.Bukan mudah,bukan semua yang senang dibantu,difahami, dan didekati.Objektif yang lebih utama adalah bukan sahaja gemilang dalam PMR 2011 ini,tetapi lebih daripada itu mereka gemilang jua dalam akhlak,agama,budi bahasa,keyakinan diri,ketrampilan diri;dunia dan akhirat.

Bagi saya itulah cabaran...Dan saya tidak pernah berputus asa walaupun kadang2 memang susah untuk 'masuk dalam dunia mereka'...Dunia mereka sangat mencabar,saya juga tidak pasti saya boleh setabah mereka jika remaja saya di alam mereka yang penuh dengan dunia siber yang tiada halangan,sosial yang menghimpit,hiburan yang mendatang.Itulah cabaran saya untuk mendidik dan cabaran mereka untuk menghadapi dengan ilmu daripada guru2 dan ibubapa mereka.Saya doakan mereka sentiasa dilindungiNYA.

Hari ini 4 Oktober 2011,sudah bermula PMR dan 3 hari lagi mereka akan menghadapi peperangan PMR ini di kala umur mereka 15 tahun.Semoga kemenangan milik mereka.Amin.Saya amat mengharapkan kejayaan 8 A mereka nanti tidak menjadikan mereka manusia yang lupa diri,bangga diri dan sombong.Saya mendoakan kejayaan mereka dlm PMR ini menjadikan mereka,insan-insan yang bersyukur kepada Allah,menghargai dan mengenang jasa2 guru2 dan ibubapa mereka,ia juga menjadi titik tolak untuk mendapat kegemilangan dalam SPM,menara gading,bekerja gemilang,berjaya gemilang di dunia ini dan akhirat hingga ke syurga...

Buat anak2,kamu adalah memori indah walau kita lalui saat2 bersama,ada yang suka dan ada yang duka.Tcheer amat bersyukur kita pernah bersua..
ALL THE BEST;DUNIA & AKHIRAT
i love u all!