Friday 25 November 2011

Tolonglah,matanglah sikit ;|

Waktu remaja dulu,saya selalu confuse tentang matured ni..
Dialog2 matured>>
"x matured lah awak ni..",
"macam budak kecik,x matang",
"please be matured",
"buatlah tindakan yang matang" 
"matanglah awak ni,saya suka"
dan macam2 lagi..


Setelah mengalami peningkatan umur dan pengurangan usia ini ,saya lebih memahami apa yang dimaksudkan matang/matured ini..


Matang bagi saya adalah..
>>tidak mengikut kehendak hati sewenang2nya<<


Manusia selalunya ada kehendak tapi manusia juga ada keperluan..
Manusia yang matang tahu dan terima hakikat bahawa
bukan semua kehendak hati boleh dituruti  
dan bukan semua keperluan dapat dipenuhi...


Seseorang yang matang selalunya 
mempunyai pengalaman hidup yang diambil pengajaran oleh dirinya,
sebab itu orang dewasa itu lebih matang secara lumrahnya daripada budak kecil 
dan ada juga keadaan yang kecil lebih matang dari si dewasa.


Selalunya kesan dan akibat telah diketahui apabila melakukan sesuatu 
menyebabkan seorang itu bertindak matang.


Baran atau mudah marah itu salah satu ciri2 kurang matang 
kerana diri tidak dapat mengawal emosi dan menguruskan emosi,
tapi bukan mudah,sabar itu susah tapi percayalah 
sangat manis hasilnya 
kerana di akhir sabar itu akan datang rasa bahagia :)


Bertindak terburu-buru,
tanpa tuju arah,hanya menurut kata hati,melemparkan kata2 sesuka hati,
walaupun tahu benda itu salah dan tidak mendatangkan apa2 faedah,
cuma seronok sahaja diperolehi 
amat berbeza dengan manusia yang tahu apa yang dia mahu dalam hidupnya
dan tahu untuk membuat keputusan untuk kebaikan diri sendiri,
bukan sekadar mengikut kawan dan perasaan.


Jika berada di dalam konflik,bertindak matang membawa seseorang akan berfikir 
>adakah diri memang salah,
>memang benar 
>atau ada salah dan benar.
Tindakan dibuat untuk mengatasi konflik secara matang dimulai dengan berfikir,
>jika benar, berani katakan,
>jika salah,sanggup menerima dan perbaiki,
>jika ada benar dan salah,berani katakan dan menerima hakikat diri membuat silap


Untuk bersikap matang sebenarnya ia tidak mengenal usia dan siapa.
Janji kitahu kita siapa dan kita adalah hambaNYA dan umat Nabi Muhammad SAW.

...Untuk renungan kita bersama...
*FirmanNYA
“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, 
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. 
dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. 
(Surah al-Baqarah: 216).


Manusia cool dan tenang bagi saya manusia yang  matang dan saya suka :)



Wednesday 23 November 2011

Kenangan Terindah Sebagai Anak Merdeka Malaysia :)

*21.11.11.Ahad.Sea Games 2011.Palembang.Indonesia.
Saya ingin mengabdikan kenangan di sini.:D
ABDI 1
Malaysia team U23 menang.Final bolasepak.MSIA vs INDO.Live from Indo.The Final Penalty kick.2 hours match.Ong Kim Swee.Teamwork.Jantung berdebar.Gembira.Terharu.Menang bermaruah.Cintakan negara.
Bukti Usaha dan doa kunci kejayaan.Thank You Allah
*((Sila stop lagu kat bawah untuk lihat video ini :))


ABDI 2
Teguran Ong Kim Swee yang sangat baik kepada wartawan khasnya dan Malaysian amnya 
dan saya suka mengambil pengajaran ciri-ciri kualiti ketua daripada Ong Kim Swee
>>He is Protective,Supportive,Trust and Love his people 
tetapi masih tegas kerana dia mahu terbaik untuk anak2 buahnya<<

.I have learnt from others.
>>Thank you people because u had paint my life with rainbow colours<<
~Thank You Allah because give oppurtunity to be here~

Monday 21 November 2011

Soalan Anak2 Saya :)

Nampaknya cuti2 ni,terlebih rajinlah saya nak menaip di sini ^-^
Semoga niat dan taipan saya berteraskan hanya keranaNYA,

semoga tulisan saya memberi manfaat kepada saya dan orang lain.Amin


Hari ini mari saya nak share soalan2 anak2 saya kepada saya, seiring dengan umur mereka yang masih kecil..:D


Saya amat kagum dengan soalan sebegitu,Subhanallah..sebenarnya manusia untuk memang istimewa kerana ada otak untuk berfikir bukan otak untuk dibuat sup ^-^


*[A=Ainul,6 tahun,M=Mama & I=Iqmal,4 tahun :]
A>Semut ni tak suka masin dengan masam kan mama..
M>>Nape?
A>Semut kan suka benda manis...
M>:D


M>>Ayah hebatkan,adik?
I>Ayah hebat tapi Allah Lagi Hebat,kan mama?
M>:D


Otw drive ke rumah,dlm kereta,Ainul pandang langit...
A>Kenapa langit tak runtuh,mama?
M>> :D
*Ayat 47 Surah Az-Dzariyat ,Allah berfirman
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.
*Ayat 32 Surah Al-Anbiya,Allah berfirman
Dan Kami jadikan langit itu sebagai  atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda(kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.


Dalam kereta,masa balik kampung,JB,jauh dari siang tiba2 malam pula..(waktu itu senja)
I>Sekarang belum malam kan,mama?
M>>Nape belum malam? (kat luar sudah tunjuk langit senja)
I>Kan belum warna hitam lagi langit,belum gelap..
M>>:D
*Ayat61 Surah Al Hajj,Allah berfirman
Yang demikian itu,adalah kerana Allah berkuasa memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam;dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar,lagi Maha Melihat.
*Ayat 29 Surah Luqman,Allah berfirman
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Ia memudahkan matahari dan bulan.
Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk masa yang telah ditetapkan.
Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Mereka kanak2,
kita dewasa,
semasa kanak2 dan sekolah rendah dahulu, ibu dan ayah kita melengkapkan kita dengan ilmu agama dan adab
bila dewasa,kita mampu lebih baik daripada dulu kan...
kerana Allah kurniakan otak untuk berfikir 
dan diri untuk beriman kepadaNYA.
Wallahu'alam 

Semoga Ainul Farizah Bt Azmi dan Muhammad Iqmal Bt Azmi
berjaya di dunia dan akhirat dengan gemilang.
Amin.:)




Sunday 20 November 2011

Sempena Malaysia VS Indon Sea Games 2011 :D

Esok,Isnin ,21 November 2011
Malaysia akan lawan Indonesia untuk Sea Games 2011 :D

Saya bukanlah peminat bola yang fanantik..^-^
Cuma menemankan suami dan tentunya saya juga seorang warganegara Malaysia,mana boleh tak sokong negara tercinta <3

Apapun,tiba -tiba sayang rasa lebih SAYANG kat negara saya bila malaysia nak lawan ngan indon nie :DD

Saya ada search kat dunia siber mengenai football player dan apa yang mereka buat dan ucapkan...
>>Apa yang kita mahu lihat,type di dunia siber adalah ditentukan oleh betapa kita percaya Allah sedang melihat kita....:)  dan saya pernah baca..

Firman Allah,Surah Yassin Ayat 11 :)
Sesungguhnya peringatan dan amaran yang berkesan dan mendatangkan faedah hanyalah engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran AlQuran serta ia takut melanggar perintah Allah ArRahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab tuhan.Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

Let's share together...>>the beauty of Islam.Thank You Allah

Mesut Ozil 
recites Holy Quran before World Cup matches
"I always do that before I go out(on the pitch),I pray and my team-mates know that they cannot talk to me during this brief period"


Franck (Bilal) Ribery
"I pray five times a day,I do it because it enables me to be released and I feel better afterwards."

Frederic Kanoute
"Personally,having faith helps my football and football helps me to be healthy and strengthens me"
"There is no conflict because people who know about Islam,they know that fasting empowers and does not weaken the Muslim"



.....Dan di Malaysia sendiri....

  >>Hairuddin menjadi imam bagi team negeri sembilan di bilik persalinan <<

....Penyokong Kelantan solat berjemaah....


((Bila nak tengok video ni,tutup lagu kat bawah tu yer...:))

>>I LoVe IslaM<<
...Doakan esok kita menang dan jangan lupa solat yer :)...
 Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik) - Ar Ra'd

Saturday 19 November 2011

u made me smile :)tq!

Mesti dah ramai kenal matluthfi..
saya juga tersenyum melihat matluthfi vblogger :)


What can i learnt from him...
@he is a smart thinker
@he shows me that clever n thinking is great but clever without thinking is looser
@semua vblogger adalah manusia yg confident                                                    >>confident and believe in yourself,Allah beri hebat dlm diri kita,guna keranaNYA<<  
@dakwah itu bukan dengan berceramah sahaja                                                              
@bukan semua yg muda itu tidak matang
@kurus itu tidak mengapa                                                                                  
>>fizikal itu tidak penting berbanding smart brain<<
@bukan sahaja memerhati,mendengar,berfikir itu lebih penting
@he is thinking with the knowledge                                                               
>>thinking without knowledge is SESAT<<
@kelaka itu perlu dlm hidup tetapi tidak melampau :)
>>Hadis Rasullullah bersabda Janganlah kamu banyak ketawa,kerana ia mematikan hati kamu<<
@beliau bukan seperti tin kosong...he is talking with matured thinking in his way.


Banyak lagi yang saya belajar melalui vblogger of matluthfi~~
tq!semoga beliau berjaya dlm hidup beliau di dunia dan akhirat.

this is one of my fav and this made me smile infront of my lappy :)

Matluhfi,u reminds me...
Semua orang yang BERJAYA itu adalah orang yang sangat dekat dengan ALLAH
Kerana segalanya adalah nikmat dan kurnia dariNYA
>Thank You Allah<

Friday 18 November 2011

positif atau negatif ~

Anak2 didik dah mula balik rumah masing2,tinggal kakak dan abang SPM.

<3 HOME IS WHERE THE HEART IS <3

Begitulah setiap hujung tahun persekolahan...
Cikgu2 MRSM kena keja lagi beberapa hari untuk settlekan keja tahun ini and ready for next year...:)

<3 KEJAYAAN ITU ADALAH PERANCANGAN YG DILAKSANA DAN DIAKHIRKAN DENGAN SEMPURNA BESERTA TAWAKAL KEPADANYA<3

Sekejap jek kan masa berlalu,sudah sampai ke penghujungnya dah...
*Semoga saya tidak tenggelam dengan arus dunia dan masa,dan amalan  kepadaNYA semakin bertambah dan lebih baik setiap hari...

Hari ini saya nak list sesuatu yang berpasang2an :)..let's see the list...

  1. malas - rajin
  2. sombong-syukur
  3. jahat-baik
  4. letih-segar
  5. rendah-tinggi
  6. gagal-lulus
  7. lemah-tabah 
  8. jijik-suci
  9. hina-puji
  10. biadap-sopan
  11. tipu-benar
  12. kosong-penuh
  13. kalah-menang
  14. marah-sabar
  15. sedih-suka
  16. masam-manis
  17. benci-cinta
  18. sikit-banyak
  19. gelap-terang
  20. langit-bumi
  21. gelap-terang
  22. malam-siang
  23. lelaki-perempuan
  24. hitam-putih
  25. ibu-ayah
  26. datuk-nenek
  27. anther-stamen
  28. talk-listen
  29. anger-love
  30. ingat-lupa

dan banyak lagi ...
Saya terfikir tentang ini apabila saya membaca makna Ayat 36,Surah Yassin...

“Maha Suci Allah, Tuhan yang menciptakan semua benda 
berpasang-pasangan. Tidak kira sama ada benda-benda itu terdiri 
daripada tumbuhan yang tumbuh di bumi mahupun yang lahir 
daripada diri mereka (manusia) sendiri. Begitulah juga bendabenda lain yang mereka tidak mengetahui akan hakikatnya”.

Alllahuakbar!=Allah Maha Besar 
Allah Maha Hebat CiptaanNYA...

Semoga saya sentiasa ingat...
Allah memberikan saya pilihan untuk memilih antara baik dan buruk.
Saya tidak boleh salahkan sesiapa akibatnya, kerana saya yang memilih dan buat.

Allah memberikan perbezaan antara satu sama lain supaya saya bersyukur dan melengkapi antara satu sama lain,bersama2,bukan mengutuk dan membenci.

BERBEZA KITA ADALAH UNTUK MELENGKAPI 
AGAR SAMA2 PEROLEHI 
YANG 
TERBAIK & TERINDAH
*I LOVE U ALL*
Syukur Ya Allah




Wednesday 16 November 2011

5+5 = 10 perkara~


...Rasulullah SAW bersabda...

"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara;
masa
sihat sebelum sakit,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sibuk,
muda sebelum tua,
hidup sebelum mati.

(Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
  • Nabi kita sangat hebat...(Mari kita berselawat ke atasnya)
  • Hadis atau ajaran nabi kita sangat dekat dengan diri kita,sepanjang zaman.
  • sepanjang hidup,kita akan mengalami 10 situasi ini;sihat,sakit,kaya,miskin,lapang,sibuk,muda,tua,hidup dan kita akan mati akhirnya...
  • itu semua kita akan alami dan tempuhi untuk buat kita jadi terBAEK di dunia hanya keranaNYA untuk kekal bahagia di akhirat.

  • kita jarang hayati hadis ini,walau kita tahu mengenai hadis ini..
  • mari kita ambil masa sedikit,beri ruang untuk diri kita,fikirkan tentang sepuluh perkara ini dalam diri kita sendiri.

  • mari kita check diri kita adakah kita betul2 manfaatkan waktu kita sihat,kaya,lapang,muda dan hidup kita ini sebaik-baiknya...
  • adakah kita manusia yang sering merungut bila menghadapi keadaan sakit,miskin dan sibuk.Adakah kita mahu menjadi manusia yang merungut sehingga tua atau kita tidak bernyawa nanti...
*Muhasabah diri = check OURSELF not others*

Sunday 13 November 2011

Rahsia seorang guru sedang menanda kertas periksa~~ :)

Sekarang musim peperiksaan akhir tahun,cikgu-cikgu semua sibuk menanda...:)

Hari ni saya mahu cerita mengenai menanda yang mungkin orang lain tidak pernah tahu jika tidak pernah menjadi seorang guru :))
  1. Habis jek exam,selalunya student saya tak sabar nak tahu markah diaorang,mereka mengharapkan saya menanda sepantas kilat....;)
  2. Bagi saya pula dapat jek kertas periksa,buat hati saya berdebar-debar,boleh ke tak boleh anak2 murid saya menjawab?boleh dikatakan kejayaan dan kepuasan guru mengajar itu boleh diterjemahkan dengan bagaimana  anak2 muridnya boleh menjawab kertas peperiksaan.
  3. Selalunya,cikgu2 akan ambil kertas periksa tertentu untuk dilihat bagi menjadi penanda aras tahap cara menjawab pelajar :)
  4. Style menanda bagi setiap guru itu berbeza,ada yang menanda ikut soalan dan ada yang menanda soalan 1 sampai abis;-
  5. >menanda ikut soalan maksudnya menanda soalan 1,semua soalan 1 untuk semua pelajar,abis soalan 1,tanda pula soalan 2,semua soalan 2 untuk semua pelajar dan begitulah sehingga soalan terakhir.
  6. >menanda soalan 1 sampai abis pula bermaksud menanda soalan 1,2 ,3 sehingga habis bagi seorang pelajar demi seorang pelajar.
  7. Semasa menanda pelbagai emosi terpaksa ditanggung oleh seorang guru,ada kelakar,ada geram,ada marah,ada senyum...
  8. >kelakar bila jawapan pelajar memang kelakar tapi salah,masa tu tak tahu nak marah ke nak ketawa.grrrrr :P
  9. >masa geram dan marah semasa menanda bila melihat jawapan pelajar yang bukan-bukan,kalau ada pelajar tersebut duduk depan guru ketika itu,tak tahulah apa nasib pelajar tersebut..:)nasib baik semasa guru menanda,pelajar duduk jauh,sebab itu bila dapat markah dalam kelas para pelajar kena sediakan telinga mereka capang2...:))
  10. >guru akan senyum bila menanda jawapan pelajar sebiji macam skema jawapan,rasa macam berbaloi-baloi mengajar macam saya dapat minum air sirap merah ada banyak ais  lepas saya berlari di padang di kala panas terik :DD
  11. Setiap guru ada team mate(2 atau 3 orang mengajar subjek dan tingkatan yang sama),maka sebelum mula menanda guru-guru dalam team mate yang sama mengajar akan berbincang soalan dan skema jawapan,maka penandaaan akan menjadi selaras bagi semua pelajar tidak kira siapa yang mengajar.
  12. Menanda guna pen apa?? tentulah guna pen merah,tak kira sedang suka atau marah,menanda mesti guna pen merah. :)
  13. Pen merah dan guru tidak boleh dipisahkan ;)[saya telah memberi idea untuk anda beri hadiah pen merah kepada guru anda,hati mereka mesti tersentuh:))]
  14. Ada juga guru yang peka tentang pen merah ini,contohnya,saya akan mencari pen merah yang mempunyai mata yang sedap dan smooth bila digunakan untuk menanda.^_^
  15. Kadang-kadang 1 pen merah tidak cukup,guru akan membeli 2 atau 3 batang pen merah untuk menanda.cute kan!!.haha
  16. Baju terkena dakwat pen merah pun ada,khusyuk menandalah tu...:)
  17. Apabila habis menanda,ia bukan penamat,guru-guru perlu mengira dan mengumpul semua markah di muka surat hadapan,totalkan markah2 dan jadikan markah tersebut dalam bentuk peratus.Walooow!!berpinar-pinar mata cikgu melihat banyak nombor..
  18. Bila lihat markah pelajar dalam lingkungan A,guru akan rasa suka dan gembira macam nak melompat :)
  19. Bila lihat markah pelajar rendah,kalau ada cermin,masa tu guru itu akan tengok muka mereka sedih...Jauh daripada itu,mereka sedang risau :'( dan sedang memikirkan cara bagaimana lagi ingin menolong pelajar tersebut untuk meningkatkan markah......bagai anak murid mereka itu anak mereka sendiri,seorang guru itu sentiasa risau dan fikirkan tentang  masa depan anak-anak didik mereka.......
Begitulah sedikit sebanyak perihal menanda daripada awal,semasa,akhir dan selepas abis menanda.

Moga cerita ini akan buat anda lebih faham hati dan perasaan seorang guru,
mereka bukan suka2 dan wajib membebel semasa beri markah kertas periksa anda 
di dalam kelas,
tapi mereka sebenarnya cuma risau tentang masa depan anda selepas habis sekolah nanti...:)

*Sejak akhir-akhir ini,saya mula rasa sakit2 pinggang dan sakit badan bila banyak menanda kertas periksa pelajar dalam jangka masa yang lama...
Itukah penanda saya telah menjadi guru tua??hehehe

Tuesday 1 November 2011

Saya ada 1 cerita menarik :))

Agak lama tidak menaip di 'diari' blog ni...
(Namanya diari blog sebab bukan semua yang boleh dikongsi :))


Petang ni,saya nak share 1 cerita,saya rasa sangat tertarik dengan cerita tersebut bila baca di dalam sebuah buku sebentar tadi :)

Sebelum nak ceciter,ada seorang anak murid saya comment tadi..
>>Lama teacher x post kat blog,teacher bz ea??<<

Ye anak muridku:)),kalau akhir tahun,semua cikgu2 busy,
nak habiskan syllabus Form 1,2,4,
nak menanda paper akhir tahun,
yang ajar SPM pulak,turun malam2 bantu pelajar,
tu belum lagi cikgu yang jadi setiausaha Jemaah Disiplin pelajar,akhir2 ni lah banyak kes disiplin,
majlis Graduasi pelajar merai kejayaan pelajar,
majlis Pohon Restu,
dan macam2lah....

*Tapi takpe,saya ok dgn ke'bz'an tu...hehehe*
(Saya suka menikmati kehidupan ini,saya minta padaNYA saya tenang dan bahagia,dalam apa jua keadaan ,suka atau duka.dan sentiasa berada di bawah hidayah dan lindunganNYA.Amin:)

Tiba2 dalam masa yang sama seorang sahabat blog memberi comment dalam blog saya...
>>Bebanan akan dirasakan seperti satu hiburan jika di dalam hati tertanam jiwa dan perasaan rasa ikhlas terhadap tanggungjawab yang dilaksanakan <<

Terima kasih sahabat atas kata2 membina :))

Berbalik kepada tujuan asal,saya menaip pada ptg ni,saya nak share 1 cerita menarik bagi saya...>>>Begini ceritanya,

Ada seorang budak kecil sedang menulis di lantai dan ibunya sedang menyulam di atas kerusi..

Budak kecil itu memerhatikan sulaman itu dari pandangan bawah dan berkerut...,

Dia bertanya kepada ibunya,kenapa ibu menyulam gambar yang tidak cantik,banyak carik2 dan berbulu2??

Ibunya senyum dan menyuruh anaknya duduk di sebelah ibunya di atas kerusi...

Apabila budak itu duduk di sebelah ibunya,terlihatlah dia sebuah pemandangan yang indah sulaman ibunya...dan dia berkata cantiknya gambar ini daripada pandangan atas.
Dan ibunya terus tersenyum...:)

Saya suka dengan cerita ini,
kita selalu rasa apa yang kita hadapi susah dan menyusahkan kerana kita tidak pernah memandang sesuatu itu dengan sudut pandangan yang berbeza,
kita suka memandang dengan satu arah dan satu sudut,

sedangkan jika kita dapat lihat dengan mata hati dengan sudut pendangan yang betul perkara yang kita nampak tidak cantik,susah dan menyusahkan itu sebenarnya ingin memberikan kita sesuatu yang perlu dipelajari supaya kita menjadi lebih baik dan merasai keindahan yang lebih indah :)