Thursday 26 January 2012

Risau~~

Pantas sangat pantas..Biarlah kepantasan itu berlalu tanpa menggugat iman di hati..
>Ribut geomagnetik
>Jangkaan tsunami 25 m di Jepun
>Banjir dan bah di bandar2 besar di dunia
>Matahari semakin bergelodak
>Gempa bumi di sana sini

dan banyak lagi fenomena2 yang mungkinkah saya terlibat dan mungkin nyawa saya di hujung tanduk(Nauzubillah)..
saya risau dan takut dengan apa yang berlaku di sekeliling...
tetapi apa sebenarnya yang saya risaukan?? Adakah
?kepada kematian,
?mati 
?kehidupan selepas mati
?risaukan amalan yang kurang
?risau atas dosa yang lepas dan dosa yang dilalui
banyak lagi sebab yang boleh kita fikirkan...kenapa kita risau dan takut.

Apapun,
saya perlu...saya perlu...saya perlu...
sentiasa memperbersihkan hati,
sedar saya hambaNYA,
dicipta untuk mengabdikan diri hanya untukNYA,
segala gerak dan laku keranaNYA,
melakukan terbaik keranaNYA
ikhlas,takwa,tawaduk atas perbuatan,
taubat nasuha atas dosa,
lihat kesilapan diri dan kesilapan hati...

Saya tahu saya hamba yang lemah,
Kadang2 saya kalah dengan dunia dan amarah,
kalah dengan hati yang lara...

Memang sangat benar
Pencipta kita Maha Sayang,Maha Kasih,Maha Lembut kepada saya.
Saya yang sering menzalimi diri saya sendiri...
...Tidak boleh salahkan sesiapa,kecuali diri sendiri...

Pintu Taubat Nasuha sentiasa dibuka, 
mari kita sama2 melangkah masuk dengan penuh rasa rendah diri dan tawadduk kerana
Nabi Tercinta Nabi Muhammad bersabda kepada umatnya :->
Kalau kita dekat dengan Allah sejengkal, 
Allah dekat dengan kita sehasta, 
Kalau kita dekat sehasta, Allah dekat ke kita sedepa, 
Kita datang berjalan, Allah datang berlari


>>>Saya sangat sayang Tuhan Saya Yang Satu,Ya Allah<<<

Monday 16 January 2012

Di dalam kita ada ~~dag dig dug~~

dag dig dug
itu bunyi jantung..:)
dalam bahasa science, jantung itu HEART..
dalam bahasa cinta, HEART itu hati...
maka HEART itu ada kaitan jantung dan hati dalam bahasa yang berbeza...
dan Hati dalam rohani diri akan menentukan setiap inci  tindakan kita...

Januari sudah sampai pertengahan,sangat pantas,bulan di atas langit sudah mula mengambang penuh cantik :)
*Jika ada di tepi tingkap,jenguk2lah di luar melihat kecantikan ciptaan Illahi yang kita tidak boleh cipta hatta
 1 cm bulan*
Allahuakbar=Allah MAHA BESAR kekuasaannya dalam penciptaanNYA..

Cerita mengenai Januari permulaan tahun omputih banyaknyaaaaa kerja di awal tahun ini.Grrr grrr grrr.
Tanggungjawab baru digalas,kadang2 pemikiran kita walaupun sedang berjalan tapi di kotak pemikiran sedang berfikir mengenai kerja.
GRRRRR.
*Saya manusia yang masih lemah* sebab kekadang saya rasa tenSION dan streSS dengan banyaknya kerja untuk dibuat.

Namun itu adalah emosi,emosi itu boleh dikawal jika hati dan niat kita diperbetulkan.
begitu juga saya,saya mesti mengawal emosi dengan memperbetulkan niat di hati :))
Saya BOLEH!!!Yeah,doa dan niat yang betul patut mengiringi setiap usaha saya..

Saya selalu memperingatkan diri saya selalu kerana
alpa juga menyinggah di hati jika tidak memperingatkan diri sendiri.
**Saya selalu berfikir...
sebagai seorang manusia yang telah diberi oleh Allah
segala2nya sangat TERBAIK buat diri seorang manusia;
tubuh badan yang sangat membantu bergerak,
minda otak yang boleh berfikir akan sesuatu,
perasaan yang ada rasa di dalam jiwa,
iman yang buat hati tenang,
AlQuran dan Hadis yang menunjuk arah kebenaran dan kebahagiaan,
SANGAT PERFECT nikmat yang Allah berikan,
MAKA kita sebagai hamba yang dikurnai semua yang terbaik itu,
sangat PERLU membuat yang terbaik setiap urusan kita,
baik dari segi kerja,amanah,tanggungjawab,amal,ibadat dan segala2nya buat TERBAIK 
kerana...
ALLAH telah memberi TERBAIK buat kita....
SubhanAllah=Maha Suci Allah


>>>Kita tidak mungkin menjadi PERFECT,tapi kita boleh melakukan sesuatu itu dengan TERBAIK<<<
Saya sangat kagum dengan Nabi kita,Nabi Muhammad,
Rasullullah telah dijanjikan syurga dan manusia PERFECT dalam segala2nya 

tapi masih mempertingkatkan amal ibadat dan memohon ampun kepada Allah setiap hari.
Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Nabi kita yang mengajar kita dengan hadis2nya 
dengan berselawat dan sentiasa belajar mendengar hadis2 yang sahih 
dan berusaha memahami dan mengikutinya......

saya adalah manusia biasa yang ada dosa dan pahala
Tolong doakan Allah ampunkan dosa-dosa saya
moga kita jumpa di syurgaNYA
Amin

Monday 2 January 2012

first entry of 2012 :)

It's just number..hehe
tahun baru,this is my first entry of 2012 <3
Moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya,
 moga saya dapat belajar sesuatu daripada 2011 dan mana yang baik saya kekalkan dan tingkatkan kualitinya dan mana yang kurang dan tidak baik,saya dapat perbaiki dan tidak adakan dalam kehidupan saya,Amin

Apapun tahun baru islam itu lebih baik dari tahun baru kalender omputih kan:)
Tahun baru islam,buku amalan kita di bawa dan ditukar buku baru,doa dipinta semoga tahun baru buku amalan kita menjadi lebih baik,lebih pahala,kurang dosa,diampunkan dosa dan pengabdian diri dan niat di hati diperbaiki,segalanya keranaNYA.

Taipan akhir untuk kali ini,saya doakan saya dan kita semua mendapat hidayahNYA dan sentiasa di bawah hidayahNYA.Amin.

>> kita pasti diberi hidayahNYA dan di bawah hidayahNYA,
jika
kita mahu mendengar dan berfikir mengenainya :)<<

Dalam surah Al Mulk,ayat 10,Allah berfirman...
Dan mereka (ahli neraka) berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami 
(sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.