Thursday 27 February 2014

Isteri Solehah

Adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang
patuh (taat) dan
memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya
sebagaimana Allah telah memelihara mereka
[AnNisa ayat 34]

Dunia ini adalah perhiasan
dan
sebaik baik perhiasan adalah wanita solehah
[ Hadis Nabi Muhamad SAW Hadis Riwayat Muslim]

Mahukah kamu aku beritahu hal sebaik baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki? iaitu isteri yang solehah,
Jika suami melihat kepadanya,dia akan gembira.
Jika suaminya menyuruh sesuatu,dia akan taati dan
Jika suami tiada di rumah,dia akan menjaga harta suaminya
dan
memelihara kehormatan dirinya
[ Hadis Nabi Muhamad SAW Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Barangsiapa diberi Allah seorang isteri solehah,
sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya.
Dan hendaklah bertakwa kepada Allah separuh lainnya
[ Hadis Nabi Muhamad SAW Hadis Riwayat Baihaqi]

Tuesday 25 February 2014

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah
masih diberi kesempatan menaip di blog ini ...Alhamdulillah.
Semakin hari semakin sedikit usia yang diberi oleh Allah kepada kita
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara untuk mempersiapkan diri ke alam yang kekal abadi alam akhirat..

Tugas dan tanggungjawab di dunia ini adalah amanah daripada Allah kepada kita untuk dijalankan sebaik mungkin sebagai khalifah di muka bumi dan ibadat sebagai hamba Allah.

Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,namun kita selalu leka dan lalai sebagai hambaNYA

Kita di dunia ini tugasnya adalah mencari redha Allah,melaksanakan peraturan Allah dan meninggalkan apa yang Allah larang,itu semua kerana Allah mahu kita beriman,takwa dan tawaduk kepada Allah agar hidup kita selalu tenang di bawah rahmat dan hidayahNYA...

Baliklah kepada Allah,peganglah tali Allah...Allah Maha Besar....

Jujurlah kepada Allah,ikhlaskanlah hati kepada Allah

Berdoalah,mintalah...kita sentiasa diberi kesempatan memperbaiki diri,mohonlah dalam doa kepada Allah agar sentiasa di bawah petunjuk,rahmat,hidayah Allah

Daripada Allah kita datang,kepada Allah jua kita akan kembali.

Semoga kita semua berada di syurga Allah di alam akhirat nanti.Amin