Friday 15 May 2015

Esok hari guru...16 Mei 2015 :)








 
Warna warni kehidupan sebagai seorang sangat membahagiakan aku>Alhamdulillah.Sangat gembira menjadi seorang guru di MRSM Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis,Pahang dan sekarang di MRSM Muar,Johor
 
Daripada dulu hingga sekarang saat indah di sekolah ialah berada di dalam kelas mendalami,berkongsi ilmu Allah kepada anak anak didik amanahNYA kepada aku.
 
Arwah Ayah seorang guru telah diwarisi olehku,aku bersyukur.
 
Hati seorang guru sangat unik,hingga bawa ke mimpi mengenai apa cara lagi mahu menolong anak didik cinta ilmu dan bagaimana mahu menguasai ilmu Allah yang sangat indah dan berharga ini.
 
Berhadapan dan berinteraksi dengan insan insan remaja kecil yang sedang mencari identiti diri membuatkan hari hari sebagai guru tidak berkisar mengenai ilmu duniawi sahaja,aku lebih memandang bagaimana mahu mereka tahu, kehidupan ini ada 2 tanggungjawab ;sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah Allah.
 
Ohh! bukan mudah hati yang sedang muda untuk orang tua ini selami dan fahami:)
Tapi aku yakin ada sebab mengapa Allah pilih aku sebagai guru mereka.
 
Bagi aku sebagai guru,
Jangan dihina anak kecil anak-anak didikku
Siapa kamu mahu menilai mereka
Umur mereka belasan
 
TERUS DIDIK dengan NASIHAT dan HARAPAN
DOA berpanjangan yang baik baik untuk mereka
kerana DEWASA dan TUA mereka belum sampai.
 
InshaAllah, nasihat dan harapan itu terdetik
di satu masa
di hati mereka
di satu langkah kehidupan mereka
kalau bukan di sekolah,mungkin di luar sekolah
(yang Allah sahaja tahu bila,InshaAllah)
 
***Saya mahu cinta mereka kerana Allah***
Saya juga mahu mereka cinta saya kerana Allah
 
 
SELAMAT HARI RAYA GURU