Monday 12 September 2011

Hari Raya sepatutnya Menginsafkan~


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
                                                  
Hari raya kali ini disambut seperti biasa,cuma raya ini adalah raya terakhir saya beraya bersama nenek sebelah mak...hari ini nenek pergi buat selamanya..Mohon sedekahkan AlFatihah untuk nenek saya..AL-FATIHAH

Puasa dan raya datang seperti kilat dan pergi seperti angin,sangat pantas.Kadang-kadang kegembiraan berhari raya tidak sempat menginsafkan diri..Peringatan terhadap diri sendiri,kesyukuran dan keimanan perlu dipertingkatkan dan dijaga serta diminta.Namun saya bersyukur,saya ditempatkan mencari rezeki di Kuala Lipis,kota kecil yang penuh lagi dengan kehijauan,di sini saya rasa sangat tenang,jiwa saya terasa dekat kepadaNYA.Kota ini masih terpelihara dengan kesibukan dunia,itu yang saya suka...


Maaf Zahir & Batin
                                                                    
Kesibukan dunia dan tuntutan dunia sebenarnya jika dituruti selalu melalaikan hati untuk mengabdikan diri keranaNYA.

Daripada kecil,kita disekolahkan oleh ayahibu,diberi ilmu agama,namun pabila dewasa, dunia itu seakan menggoda kita dan melupakan ilmu yang ada dalam diri.Ketika itu,kekuatan dalam diri,keimanan yang benar-benar kuat dapat menolong kita supaya tidak terjerumus dengan tipu daya dunia..

Kadang-kadang kita kecewa kerana diri kita tidak ada iman yang kuat dan diri tiada jati diri yang kuat sehingga menurut kata hati sedangkan kita tahu itu adalah salah...Kita sering menzalimi diri kita sendiri,sedangkan Allah Maha Mengasihani menerima taubat kita.

Kita harus patah balik kepada niat hati dan mengapa kita dicipta menghuni sementara dunia ini,kita ada amanah dan tanggungjawab sebenarnya,sangat besar..Makhluk lain tidak boleh memikulnya,Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian,memudahkan kita berfikir,bergerak,bertenaga.Kita harus menggunakan segala nikmat untuk menjalankan segala amanah dan tanggungjawab sebaik-baiknya hanya keranaNYA.

Semoga kita sentiasa  berada dijalanNYA,di bawah naunganNYA,kita cari tidak jauhi nur Illahi.
Hanya keranaNYA dan dengan izinNYA,kita masih di sini...
Kita jangan biar kita lalai dengan isi dunia dan kata dunia...
Amin...
Allah sentiasa bersama kita,kita usah menjauhiNYA...Amin.