Sunday 31 July 2011

Puasa Tersirat & Tersurat...



Ari ini last Syaban,esok 1st Ramadhan..

Ianya akan jadik pantas...tak percaya sat lagi mesti dah raya..(ianya menginsafkan)
Dan saya akan berpuasa bersama anak2 didik di maktab dan anak2ku dan suami di MRSM tercinta :)

Harap kita akan terus mencari apa erti Ramadhan sebenar,samada dari ustaz2 dan org lebih tahu perihal agama..

Jika ada niat sengaja  tak nak berpuasa , moga keinsafan terbit dlm diri ...
Hidayah itu drpd Allah akan datang jika hambaNya tidak tulikan telinga yang boleh mendengar dan butakan mata yang boleh melihat.

Melalui sedikit ilmu dan pembacaan,mari kita share apa yang kita tahu tentang Ramadhan atau bulan puasa ini...

  • Puasa akan membuat badan sihat sepanjang usia kerana digestive system dalam badan akan berehat daripada memproses makanan yang dimakan sepanjang tahun,setiap hari dan oxygen yang disedut tidak akan digunakan untuk digestive system.
  • Imuniti sistem atau sistem pertahanan penyakit akan lebih baik kerana semua sel-sel rosak akan diperbaiki secara aktif oleh badan
  • Jika tidak puasa,digestive system akan terus aktif dan tidak berehat dan imuniti sistem akan failed dan kemungkinan banyak penyakit akan mudah dihadapi.
  • Jika kita tengok org yang berpuasa penuh,akan sihat sepanjang hayat,Allah Maha Penyayang,Dia mewajibkan kita berpuasa untuk kita menjadi sihat sepanjang usia.
  •  Dari sudut lain,puasa juga akan kita kembali kepada fitrah..
    Apa itu fitrah manusia,fitrah manusia adalah suka perkara yang baik2,sihat,selamat dsb.
  • Semasa berpuasa,kita akan lapar,dan waktu itu ada orang yang lebih susah dan lapar daripada kita,keinsafan akan wujud,di mana kita dikurnai banyak nikmat dari yang Maha Esa dan kita selalu merungut dan tidak menggunakan dengan jalan yang baik.
  • Dengan puasa kita akan jadi berjiwa lebih kuat dan bersyukur..
  • Kita digalakkan bersedekah menolong orang susah,di Bulan Ramadhan ini kita akan rasa betapa nikmatnya bersedekah dan membantu orang lain dengan nikmat dariNYA.
  • Dan hati kita akan menjadi lebih bersih drpd sifat kedekut ..
  • Kita akan berasa letih dan lemah,ketika itu puasa mengajar kita,kekuatan itu hanya milik Allah..."Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinNYA"
  • Dan hati akan menjadi lebih bersih drpd sifat sombong..
  • Nikmat terbesar semasa berpuasa adalah sewaktu berbuka puasa.
  • Sesiapa yang berbuka puasa,semasa minum air terutamanya akan berasa betapa besar nikmat air itu,sedangkan itu hanya segelas air.
  • Dan kita akan menjadi orang yang lebih bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit..
  • Bagi yang sedang belajar,semua oxygen akan digunakan untuk belajar dan bukan untuk makan,tiada lagi rasa ngantuk selepas makan tengahari dan semua ilmu akan mudah melekat di kepala.
  • Dan kita akan jadi orang yang cintakan ilmu dan mudah ilmu mahu melekat di minda.
  • Terawih berakaat banyak akan buat kita menggunakan segala tenaga makanan yang kita makan semasa berbuka,selain kita lebih banyak bersujud kepadaNYA,kita akan jadi lebih sihat kerana makanan digunakan,tidak menjadi lemak di badan.
  • Dan kita akan menjadi lebih sihat..
  • Sahur akan buat kita lebih dekat padaNYA di sepertiga malam...
  • Dan kita akan menjadi hambaNYA yang lebih baik dari tahun sebelumnya.Amin...
  • Wallahua'lam,banyak lagi yang tersurat dan tersirat barakah,rahmat bulan Ramadhan ini.
  • Allahuakbar...Allah Maha Besar
 
 Moga Ramadhan ini memberi sesuatu makna secara tersirat dan tersurat,di dalam jiwa dan rohani kita sebagai hambaNYA...

Sunday 24 July 2011

Bola Sepak dan kaitannya dengan Bola Kehidupan kita...

Ada tersirat yang banyak dalam bolasepak dan boleh difikir-fikirkan...:)
Mari kita fikirkan...

  • Bolasepak ada tujuan utama iaitu menang dan gol.
          Kehidupan kita juga ada tujuan untuk kemenangan iaitu gapai sesuatu
          yang diimpikan.
  • Untuk menyumbat gol,perlukan teamwork yang sangat baik.
Untuk menggapai impian kita,kerjasama dengan manusia sekeliling kita sangat diperlukan
          (teamwork),kita tak boleh bergerak seorang untuk mencapai kejayaan.

  • Gol dicapai,jika bahagian midfield,pertahanan dan serangan adalah terbaik.
          Impian dicapai,jika hati kita merancang,bertahan dengan ujian dan terus
          menyerang berusaha  mencapai impian.

  • Gol tidak dapat dicapai jika mana-mana bahgian midfield,pertahanan dan serangan pincang dan   lemah.
          Impian kita takkan tercapai jika lemah dalam merancang,lemah dengan
          dugaan dan lemah semangat untuk berusaha mencapai kegemilangan.

  • Sebuah pasukan bolasepak mempunyai coach yang memantau,merancang,menganalisis,dan cuba memperbaiki kelemahan agar terus gagah mencapai kemenangan.
          Sebagai manusia yang ingin kejayaan,kita ada orang yang lebih tua,ibubapa,guru atau ketua yang
          memantau,merancang sesuatu buat kita,menganalisis kelebihan dan kelemahan kita dan memberi
          nasihat supaya memperbaiki kelemahan kita agar kita mencapai impian dalam hidup kita.
  • Sebuah pasukan bolasepak mempunyai taktikal planning,disiplin yang tinggi untuk gol.
          Kita juga perlu ada perancangan dan berdisiplin tinggi untuk mencapai kegemilangan dalam hidup.

  • Psikologi juga amat penting untuk bangkit semula dalam pengurusan emosi semasa bermain bolasepak apabila sudah bolos gol.
         Psikologi atau pengurusan emosi amat penting jika ada halangan menuju impian kita,itu sudah pasti ada
         sepanjang perjalanan kita,oleh itu semangat dan  kekuatan dalaman amat diperlukan untuk terus
         berjaya mencapai gol hidup kita.

  • Untuk menjuarai sesuatu,beberapa perlawanan persahabatan atau siri perlawanan perlu dilalui dan kadang-kadang kalah,kadang-kadang menang milik kita.
         Untuk mencapai sesuatu,kita akan hadapi pelbagai peringkat,di dalam setiap tangga usaha itu kadang-
         kadang kita jatuh dan kadang-kadang kita berjaya,itu lumrah,yang penting kita teruskan pendakian
         kita.

  • Setelah pasukan bolasepak itu kalah,pengurusan bolasepak,pemain akan berbincang dan mengenalpsti masalah dalam satu pasukan untuk memperbaiki dan terus menang dalam perlawanan berikutnya,
         Jika kita menghadapi ujian,atau gagal dalam satu tangga usaha,kita perlu mencari dan muhasabah 
         apa kesilapan kita dan kita belajar daripada kesilapan dan jangan ulangi kesilapan tersebut agar kita
         terus berjaya.

  • Bolasepak itu sepi tanpa penyokong yang menyokong,sunyi stadium,moral pemain akan berkurangan
         Perjuangan untuk mencapai impian akan lesu dan tanpa tujuan tanpa sokongan daripada orang
         sekeliling;ibubapa,suami,isteri,anak-anak,rakan-rakan dan semua di sekeliling kita.

  • Di akhirnya kalah dan menang,adalah hasil daripada kehebatan usaha dan keindahan tawakal kepada Tuhan yang Satu.Jika menang,pasukan itu tidak sombong dan jika kalah pasukan itu redha dan tidak berputus asa untuk terus mencapai kejayaan dan kemenangan.
         Ya,begitu juga dengan kita,berjaya atau tidak kita akan kekal baik dan rendah diri dan tidak berputus
         asa,redha dan sabar serta terus berusaha kerana kita tahu Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar  
         usaha dan doa kita.

:) Banyak lagi keindahan bolasepak,tersurat dan tersirat,untuk kita praktikkan dalam bola kehidupan kita jika kita berfikir positif dan terus berfikir...

:)Banyak FirmanNYA di dalam AlQuran  bermaksud  "Adakah kamu berfikir..."

(:Muhammad Iqmal Bin Azmi berlari di padang bola:)

Wednesday 20 July 2011

Mahu jatuh cinta dengan Physics? :)

Kita selalu dengar orang cakap tentang Physics.
Antaranya:-
  1. Physics susah giler
  2. killer subject
  3. soalan susah,cikgu ajar senang
  4. apa maksud faham konsep?
  5. kenapa kena tahu pasal halaju,velocity,acceleration ,newton dll.
  6. cikgu Physics garang
  7. nape kena belaja Physics?
  8. dan bermacam2 lagi tentang Physics
TAPI saya tetap suka dan cintakan Physics <3 

~~Let's share something special about Physics ~~

Bagi saya Physics:-
  • very interesting
  • ia susah dan mencabar,tapi jika kita dapat menguasainya,kita akan rasa satisfied! dan suka serta gembira.
  • ia bukan sekadar formula macam belajar matematik   
  • (sorry cikgu math:-)
  • ia adalah konsep dan formula
  • jika hanya sekadar menghafal ia tidak akan jadi senang
  • (itu yang best:-)
  • diaplikasikan dalam benda hidup dan juga bukan hidup
  • (sorry cikgu bio:-)
  • diaplikasikan juga dalam bentuk particle/atom
  • (sorry cikgu chemist :-)
  • it is unique (i love it!)
  • ia memerlukan pemikiran yang berlapis2,bukan sekadar baca soalan & terus jawab
  • cara bagaimana kita berfikir akn jadi lebih kreatif,hingga kadang2 kita tak terfikir:-)
  • ia adalah hukum2 alam yang secara fitrahnya,kita semua alami,contohnya Pressure Law,Newton's Law dll.
  • kita akan dapat lebih memahami mengapa sesuatu itu terjadi dan bagaimana.
  • kita akan lebih berendah diri dgn kekuasaan Allah atas kejadian yang Allah ciptakan,penuh dengan teori dan konsep
  • (very structure and systematic,SubhanAllah)
  • Hukum alam yang Allah ciptakan ini sehingga alam ini boleh bergerak dan sebagainya akan lebih difahami dan rasa betapa kita amat lemah dengan teori dan prinsip Fizik yang jauh lebih mudah.
  • again,Physics itu bukan formula :)
  • ia adalah penerangan tentang sesuatu secara mendalam
  • ( i really love it)
Kesimpulannya,jatuh cintalah dengan Physics,anda akan rasa sesuatu yang indah kerana ia sangat sukar untuk dikuasai dan didekati :)

Tuesday 19 July 2011

Seorang cikgu mesti ada...

Apa yang cikgu ada yer :)...hehehehe

  1. Pen merah
  2. Pen biru
  3. White board marker;biru,hitam,merah
  4. Text books
  5. Reference books
  6. Curiculum specification
  7. Record book
  8. Kertas periksa
  9. Kertas ujian
  10. Skema jawapan
  11. Baju kurung
  12. Kasut hitam bertutup
  13. Nametag
  14. Lencana Senyum
  15. Hadiah comel2 drpd students
  16. Kad comel2 drpd students
  17. Planner
  18. Buku catatan
  19. Fail
  20. Puncher
  21. Stapler
  22. Cop2
  23. Meja guru
  24. Kerusi guru
  25. Bilik guru
  26. Laptop
  27. Kertas A4
  28. Kertas OMR
  29. Testpad
  30. Gunting
  31. Cermin atas meja
  32. Alas meja comel2
  33. Gambar family atas meja
  34. Gambar dgn students atas meja
  35. Jiwa mendidik
  36. Semangat
  37. Nasihat
  38. Niat
  39. Hati
  40. Perasaan
  41. IlmuNYA
  42. Akal
  43. Pensel
  44. Pembaris
  45. Kotak2 isi kertas
  46. Kertas warna warni
  47. Bunga telur drpd kawan2 yg buat kenduri kahwin
  48. Piala/medal pencapaian
  49. Locker
Itu sahaja yang saya ingat :)...
*Kepada cikgu2 di luar sana,ada apa2 yang saya tertinggal x?
*Kepada yang bukan cikgu,kita semua berjaya kerana kita ditakdirkan dididik oleh GURU
  (Syukur Ya Allah)

*Mari salawat ke atas Rasullullah kita,GURU terhebat dan jasanya tidak dapat digambarkan buat kita~


Emak dan ayah,guru terhebatku mendidikku drpd kecil hingga sekarang.
...Terimakasih emak dan ayah...

Thursday 14 July 2011

Anak2 muridku adalah jiwaku di MRSM

hari ini 14 Julai,tarikh hari lahir saya...
Sempena hari istimewa saya ini,ada sedikit coretan istimewa buat insan2 yang menjadi sebahagian daripada kehidupan saya...<3

Ia buat semua anak2 didik saya...:D
Mereka adalah kegembiraan saya di MRSMKuala Lipis/Tun Ghazali Shafie :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tanpa mereka,aku tak kenal apa itu gembira di sekolah
Tanpa mereka,aku tiada jiwa di sekolah
Tanpa mereka,aku akan bercakap seorang di dalam kelas
Tanpa mereka,aku lupa aku banyak dosa berbanding mereka yang masih muda
Tanpa mereka,aku tiada arah di sekolah
Tanpa mereka,gaji aku tiada berkatnya
Tanpa mereka,aku lupa tentang berjuang demi bangsa dan agama
Tanpa mereka,aku lupa mengapa Allah memberi aku ilmuNYA
Tanpa mereka,aku akan jadi sugul dan sedih di sekolah
Tanpa mereka,ilmu akan terhenti begitu sahaja
Tanpa mereka,aku tak dapat berjuang demi agama dan amanah bangsa
Tanpa mereka,aku sunyi dan sepi di sekolah dan di dalam kelas
Tanpa mereka,aku lupa generasi muda ada hati dan perasaan
Tanpa mereka,aku lupa aku perlu didik mereka berjuang kerana Tuhan, yang mencipta mereka
Tanpa mereka,tiada serilah hidupku di sekolah

Mereka,buat aku ketawa dan senyum dengan seikhlasnya
Senyum mereka,membuat aku tenang dalam sibuk bekerja
Nakal mereka,buat aku percaya mereka anak2 kecil yang perlu dididik demi bangsa dan agama
Ketawa mereka,buat aku gembira biar di dalam hatiku ketika itu sedang lara dengan dunia
Gerak mereka adalah tanggungjawabku demi bangsa dan agama
Laku mereka adalah amanah yang dipertanggungjawab untuk aku jawab di akhirat sana
Tingkah mereka adalah harapanku melihat bahagia di dunia dan akhirat
Harapan mereka mengajar aku erti berusaha dan doa dan tawakal kepadaNYA

Mereka mengingatkan aku agar mendidik juga anak2 kandungku;amanahNYA kepadaku;Ainul Farizah dan Muhammad Iqmal menjadi berjaya dengan gemilang dunia dan akhirat~

Aku doakan mereka berjaya dengan gemilang di dunia dan akhirat dan
Harapanku pada mereka,jadilah insan yang berjaya kerana berjuang demi agama,bangsa dan kerana Allah semata....

Syukur dan Terima Kasih Allah kerana menemukan aku dan mereka di MRSM KUALA LIPIS/TGS ini...
Aku sangat sayang kepada mereka:)

MRSM Kuala Lipis = MRSM Tun Ghazali Shafie
Kuala Lipis,Pahang,Malaysia

Tuesday 12 July 2011

Perfect kah?

Sempurna sebagai manusia biasa?
Siapa sempurna tanpa dosa dan silap?

TIADA, itu jawapannya...

Manusia sebenarnya...

  • tidak perlu memandang rendah pada manusia yang membuat silap
  • hanya perlu tidak suka atas perbuatannya
  • jika ada kekuatan,gunakanlah tangan,hati dan doa menasihati mereka~
  • hari ini mungkin mereka kalah dengan ujian hidup
  • esok lusa mungkin kita pula
  • siapa kita mahu berlaku hebat seperti kita sempurna tiada dosa?

Selepas membuat kesilapan atau dosa,selepas itu, diri boleh menjadi...

  • lebih baik
          kerana diri belajar daripada kesilapan,bertaubat,berfikir dan belajar
          daripada   kesalahan yang  dilakukan.
          Tidak ulangi kesilapan itu untuk menjadi insan yang lebih baik.

    ATAU
  • lebih teruk
          kerana diri berasa;jahatnya aku,teruknya aku,
          semua orang pandang aku jahat...takpayah lah aku jadi baik.
          baik aku teruskan kejahatan ini...


Maka apa pilihan kita ?

Sebenarnya kita perlu memilih menjadi lebih baik kerana ...
  1. Kita sebagai manusia biasa perlu memilih menjadi lebih baik,
  2. Kita diberi jalan taubat,Tuhan kita Yang Satu Maha Penyayang;insaf dan taubat nasuhalah~
  3. Semua kita ada masanya,kita akan kalah atau menang dengan ujianNYA,kita sama-sama belajar,belajar daripada kesilapan dan menjadi manusia yang lebih baik dan lebih baik.
  4. Kita disuruh olehNYA,agar menasihati antara satu sama lain kerana kita semua sama melainkan amal dan takwa kita kepadaNYA.
Wallahu'alam

Saya doakan kita semua menjadi lebih baik,dan lebih baik dan lebih baik amalan dan ikhlas kita keranaNYA.
Amin Ya Allah
  



Monday 11 July 2011

Kuala Lipis~

Kuala Lipis = known as Lepeh
Ia kota biasa yang luar biasa,tiada cacat cela dengan arus kota,
...damai dan tenang dari hiruk pikuk kesibukan dunia...

Sapa tak kenal Tok Gajah,Dato Bahaman,Mat Kilau;berjuang demi bangsa dan negara.
...Kalau sekarang Kuala Lipis masih hijau,kabus tebal menyelimuti,
apatah lagi ketika waktu dahulu..

Semangat juang tinggi,
pemikiran hebat,
jiwa kuat;
hadir dalam diri manusia yang pernah bertapak di bumi Pahang ini dan kita merasainya..
...Clifford,siapa tak tahu sekolah Siti Nurhaliza;Sekolah Menengah Clifford...

Siapa sangka Sir Clifford boleh meneroka jauh hingga ke Kuala Lipis,
rakyat berwarganegara lain berdagang jauh ke sini,
tanpa jalanraya bertar hitam seperti sekarang,
tanpa bas Transnasional dari KL ke Kuala Lipis,
tanpa teksi pakcik membawa Sir Clifford dari bandar hingga ke sekolah clifford,
namun Sir Clifford gagahi sampai jua di bumi bertuah ini...

Pasti ada sesuatu yang istimewa di sini~
Yang di mana,
sesiapa yang pernah minum air Sungai Jelai ini sahaja kan merasai istimewa bumi Lipis ini.


Sesiapa yang pernah berada di bawah langit Lipis indah ini,
pastikan merindui bumi ini,
...walau ia hanya kota kecil biasa...

Thank You Allah,
kerana diriku ditakdirkan menjejaki bumi ini,Kuala Lipis,Pahang

Sunday 10 July 2011

hanya Beliau contoh Terbaik

Apa yang ingin kita mahukan?
  • pemimpin adil
  • pemimpin hebat
  • pemimpin  atau ketua yang penuh dengan idea hebat
  • pemimpin yang pandai menjaga hati pimpinannya
  • suami yang romantis
  • rakan yang menghormati rakan
  • guru yang baik
  • ketua yang mendengar
  • manusia yang berjuang ikhlas keranaNYA
  • hebat di dunia dan hebat di akhirat
  • membuat kerja penuh sempurna
  • pengurusan diri,emosi,rohani,keluarga,jiwa,tanggungjawab serba sempurna
  • tidak sombong dan angkuh dengan nikmat yg diperolehi
  • bahagia di dunia dan di akhirat
  • tidak memandang rendah kepada sesiapa
dan...
Segala sifat yang ingin kita lihat dan contohi untuk menjadi hebat dan bahagia
ada pada nabi kita...
Nabi Muhammad S.A.W

Kita perlu mengkaji,mempelajari , cari dan cari segalanya mengenai Rasullullah kesayangan kita,jika kita mahu bahagia...

Antaranya,bacalah ...

Mari kita mencari sumber bahagia kita...,sunnah nabi kita~Wallahu'alam...

Tahajjud Cinta...

....Lirik lagu ini sangat kucinta....
~hayatilah ia~

Inginkan bahagia?

Terima kasih semua yang ada di sekelilingku..Terima kasih Tuhanku yang Satu..

Kita berdiri dan di sekeliling kita adalah sumber bahagia kita ketika itu,
  • hargai mereka
  • fahami mereka
  • rendahkan diri kita sendiri
  • bersihkan hati kita terhadap mereka
  • dengari mereka
  • empati atas mereka
  • jadilah diri kita sendiri buat mereka
  • silaturahim dengan mereka niat keranaNYA
  • doa buat mereka
InsyaAllah,di suatu ketika yg kita tidak ketahui,
Pencipta kita balikkan semua perkara di atas buat diri kita semula ...
dan setiap tika,kita kan bahagia.
Amin YaAllah :)

i am a new comer....

This is my first entry of me...
i will try to use my fingertips to type something that can give MANFAAT to me
and other readers..
i am not a good one but i will try mybest to give good input~
Amin Ya Allah,help me~