Sunday 25 December 2011

Paling indah di 2011 ~~

Hati berat ingin menulis mengenai PMR 2011.Tapi saya rasa biarlah saya naik sekolah 2012 nanti,pendahuluan,isi sudah terjadi dan akhirnya penutup untuk PMR 2011 ini, biarlah tunggu saya naik sekolah nanti,saya akan akhirkan sebagai penutup PMR 2011.

Hari ini,saya tidak berada di bumi Lipis,tapi di bumi di mana saya menuntut ilmu di menara gading.Ingin saya abdikan memori indah buat saya bersama2 suami yang juga belajar di sini bersama Ainul Farizah Binti Azmi,6 dan Muhammad Iqmal Bin Azmi,4,anak2 tersayang yang kami lihat sebagai satu tanggungjawab yang paling besar untuk mendidik mereka keranaNYA dalam kehidupan berumahtangga :)
(sebelum tu,carilah lagu Permata untuk Isteri kat bawah tu,saya suka liriknya.:)

Kami mintak izin dengan PakGuard untuk masuk kampus walaupun kami dah takde pas pelajar,atas budi baik Pak Guard kami dibenarkan masuk.TQ for trusting in us :)
 so rindu dengan tempat ni!!tempat jatuh lagi tempat dikenang,inikan pula tempat menuntut ilmu,penuh dengan dugaan dan cabaran dalam belajar :)
 Asrama=Desasiswa=Jaya=J
 Laluan pelajar,laluan kami menuntut ilmu :)
 Kampus Kejuruteraan USM adalah satu2nya kampus yang tiada longkang seluruh kawasan kampus
 Cafeteria,ambil banyak tapi harga murah~

 Desasiwa Lembaran 

 Desasiwa Jaya
 Ogy,my BFF!(Ogy,tu bilik hang!haha)
 Desasiswa =Asrama Jaya dan Lembaran,basikal dan motor yang banyak ,sistem pengangkutan pelajar2 sekitar kampus.


 This is my faculty,so many sweet memories here with friends.
Bangunan masih sama,tapi cantik makin lebih,ilmu makin bertambah maju


 Cafe depan library <3
 Haha,this is my husband faculty <3


Alhamdulillah,dapat juga saya dan suami bawa anak2 melawat tempat kami belajar,riuh rendah dalam kereta menerangkan itu dan ini pada mereka,last2 sekali iqmal cakap"mama,cepatlah...adik dah lapar ni.."
Adush!baru nak menggamit memori :)

Saya bersyukur atas segalanya,sesungguhnya segala nikmat itu juga adalah ujian buat kami agar tidak tenggelam dengan lupa diri,sombong,takbur dan riak.
Semoga jodoh kami hingga ke syurgaNYA.Amin.
Tanggungjawab sebagai ibubapa itu adalah amanah yang sangat besar dariNYA buat kami sekarang,doa kami anak2 kami sentiasa di bawah landasanNYA,dan berjaya dengan gemilang di dunia dan akhirat.
*Perkahwinan keranaNYA itu Indah,bercouple bukan keranaNYA itu Parah*
...Menuntut Ilmu Itu Amanah dan Tiada Noktah...
:)






Sunday 18 December 2011

*tiada galang gantinya~~

*Lagu Mawar Putih Untuk Mama by Sharifah Aini ni ada dalam list lagu saya kat bawah tu,
saya sangat suka dengar lagu ini...
(cubalah cari kat bawah tu,tajuknya Mama dan hayati liriknya bersama2 :))


                                                                Mawar Putih Untuk Mama------<@

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
**************************
(Emak saya tersayang,Nooriah Binti Kassim)

*Tiada kasih sayang sesuci kasih sayang emak dan ayah.Saya sangat bersyukur dan sangat sangat hargai kehadiran mereka dalam hidup saya.

*Saat kecil  saya menangis tidak tahu kenapa,
saat saya remaja sibuk mencari identiti,
saat saya dewasa,emak masih berkorban segala tenaga buat saya hinggalah sibuk menolong menguruskan   kenduri kendara perkahwinan saya,
dan sehingga kini saya sudah jadi mama dengan 2 orang anak,emak masih berkorban segalanya buat saya.

***Emak,doa Adah sebagai anak tidak akan Adah lupakan,pengorbanan emak tidak dapat Adah balas sampai bila2.


                                **************************************************
**********************************************************************************
"masakan emak,nasihat emak,senyuman emak,kata2 semangat dari emak,doa emak,
Adah tak tahu apa jadi pada Adah,jika Adah tidak ada ini semua dalam hidup Adah...Terima Kasih Emak "
<3 No words can tell how much i love you ,Emak <3

**link ini sangat menyentuh hati saya mengenai seorang ibu> http://langitilahi.com/6038

Monday 12 December 2011

*kOsOng jika tidak diisi *Basi jika salah diisi

Awal2 cuti sekolah bermula,saya rasa blog saya akan penuh dengan entry...
Rupa2nya tidak..
Ada perkara yang lebih menarik daripada blog dan FB iaitu balik kampung;rumah emak dan ayah,sibuk dengan anak2,mengajar anak2 di rumah dan masa bersama keluarga :)

Namun cuti kali ini, saya ada belaja sesuatu tentang hidup dan masa sebab banyak hari bercuti...:)
Antaranya :>
  • hidup ini sangat kosong,jika tidak diisi,jika tiada aktiviti
  • begitu juga diri,ia akan kosong,jika kita tidak isi dengan zikrullah
  • sedang kita sibuk dengan kerja,kita rasa tension dengan masa
  • bila tidak sibuk, kita rasa tension dengan masa sbb bosan
  • maka,bila kita rasa suka dengan kehidupan kita
  • setiap hari ,selepas belaja waktu kelas,anak2 murid membaca surah Al-Asr,Allah bersumpah demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
  • tetapi adakah saya menghayati maksud kalam Allah tersebut iaitu nasihat yang berguna buat hambaNYA
  • perkara yang kita suka,bukan semua boleh buat hati rasa tenang dan tenteram
  • ada perkara yang kita suka itu sebenarnya dilarang dan lara sebab itulah Pencipta kita larang sebab ia membawa kedukaan jika dituruti
  • tiada perkara yang lebih tenang selain sentiasa membuat perkara2 yang mendekati diri kepadaNYA
  • ada perkara yang perlu diutamakan selain daripada perkara yang kita suka buat
  • masalah itu indah sebenarnya
  • masalah memberikan kita ruang untuk mengenal diri kita yang sebenar,adakah kita betul2 kuat,betul2 beriman dan betul2 bagus
  • masalah menyedarkan kita ini hamba.Hamba yanglemah sentiasa bergantung harap kepada Pencipta
  • masalah buat diri tidak menyombong
  • masalah buat kita menjadi lebih baik,jika kita mahu menerima kesilapan dan memperbaiki kelemahan diri
  • masalah seperti resistance di dalam mentol dalam litar (cicuit) yang memberi cahaya lampu :)
  • mencari masalah sangat berbeza dengan menghadapi masalah
  • manusia sekeliling amat bermakna terutama sekali keluarga dan paling utama ibubapa,suami dan anak2
  • setiap keluarga mempunyai cara yang berbeza
  • namun agama itu tetap sama dan  ajarannya adalah sentiasa sama
  • jgn salahkan sesiapa kerana kita yang melangkah dan membuat tindakan
  • doa itu adalah penguat jiwa
Cuti2 lama ini mengajar saya perkara2 di atas.
Terima kasih cuti :).
Syukur(terima kasih tidak terhingga) Ya Allah 
kerana aku dilahirkan daripada rahim ibu terus beragama ISLAM
-Aku sangat kerdil-
Semoga ISLAM aku, tidak sekadar nama