Dialog2 matured>>
"x matured lah awak ni..",
"macam budak kecik,x matang",
"please be matured",
"buatlah tindakan yang matang"
"matanglah awak ni,saya suka"
dan macam2 lagi..
Setelah mengalami peningkatan umur dan pengurangan usia ini ,saya lebih memahami apa yang dimaksudkan matang/matured ini..
Matang bagi saya adalah..
>>tidak mengikut kehendak hati sewenang2nya<<
Manusia selalunya ada kehendak tapi manusia juga ada keperluan..
Manusia yang matang tahu dan terima hakikat bahawa
bukan semua kehendak hati boleh dituruti
dan bukan semua keperluan dapat dipenuhi...
Seseorang yang matang selalunya
mempunyai pengalaman hidup yang diambil pengajaran oleh dirinya,
sebab itu orang dewasa itu lebih matang secara lumrahnya daripada budak kecil
dan ada juga keadaan yang kecil lebih matang dari si dewasa.
Selalunya kesan dan akibat telah diketahui apabila melakukan sesuatu
menyebabkan seorang itu bertindak matang.
Baran atau mudah marah itu salah satu ciri2 kurang matang
kerana diri tidak dapat mengawal emosi dan menguruskan emosi,
tapi bukan mudah,sabar itu susah tapi percayalah
sangat manis hasilnya
kerana di akhir sabar itu akan datang rasa bahagia :)
Bertindak terburu-buru,
tanpa tuju arah,hanya menurut kata hati,melemparkan kata2 sesuka hati,
walaupun tahu benda itu salah dan tidak mendatangkan apa2 faedah,
cuma seronok sahaja diperolehi
amat berbeza dengan manusia yang tahu apa yang dia mahu dalam hidupnya
dan tahu untuk membuat keputusan untuk kebaikan diri sendiri,
bukan sekadar mengikut kawan dan perasaan.
Jika berada di dalam konflik,bertindak matang membawa seseorang akan berfikir
>adakah diri memang salah,
>memang benar
>atau ada salah dan benar.
Tindakan dibuat untuk mengatasi konflik secara matang dimulai dengan berfikir,
>jika benar, berani katakan,
>jika salah,sanggup menerima dan perbaiki,
>jika ada benar dan salah,berani katakan dan menerima hakikat diri membuat silap
Untuk bersikap matang sebenarnya ia tidak mengenal usia dan siapa.
Janji kitahu kita siapa dan kita adalah hambaNYA dan umat Nabi Muhammad SAW.
...Untuk renungan kita bersama...
*FirmanNYA
“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”.
(Surah al-Baqarah: 216).
Teringt ms skolah kwn aku nila yg plg riangria n chill.lari tinggalkn aku ms kt b.air huhu.skrg dh adablog n share bnyk info dgn smua.keep it up.dh matang dh ko yek hehe.happyholiday teacher.teruskn pjuangn kita mndidik ank bgsa.lisa
ReplyDelete