Semoga niat dan taipan saya berteraskan hanya keranaNYA,
semoga tulisan saya memberi manfaat kepada saya dan orang lain.Amin
Hari ini mari saya nak share soalan2 anak2 saya kepada saya, seiring dengan umur mereka yang masih kecil..:D
Saya amat kagum dengan soalan sebegitu,Subhanallah..sebenarnya manusia untuk memang istimewa kerana ada otak untuk berfikir bukan otak untuk dibuat sup ^-^
*[A=Ainul,6 tahun,M=Mama & I=Iqmal,4 tahun :]
A>Semut ni tak suka masin dengan masam kan mama..
M>>Nape?
A>Semut kan suka benda manis...
M>:D
M>>Ayah hebatkan,adik?
I>Ayah hebat tapi Allah Lagi Hebat,kan mama?
M>:D
Otw drive ke rumah,dlm kereta,Ainul pandang langit...
A>Kenapa langit tak runtuh,mama?
M>> :D
*Ayat 47 Surah Az-Dzariyat ,Allah berfirman
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.
*Ayat 32 Surah Al-Anbiya,Allah berfirman
Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda(kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.
Dalam kereta,masa balik kampung,JB,jauh dari siang tiba2 malam pula..(waktu itu senja)
I>Sekarang belum malam kan,mama?
M>>Nape belum malam? (kat luar sudah tunjuk langit senja)
I>Kan belum warna hitam lagi langit,belum gelap..
M>>:D
*Ayat61 Surah Al Hajj,Allah berfirman
Yang demikian itu,adalah kerana Allah berkuasa memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam;dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar,lagi Maha Melihat.
*Ayat 29 Surah Luqman,Allah berfirman
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Ia memudahkan matahari dan bulan.
Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk masa yang telah ditetapkan.
Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Mereka kanak2,
kita dewasa,
semasa kanak2 dan sekolah rendah dahulu, ibu dan ayah kita melengkapkan kita dengan ilmu agama dan adab
bila dewasa,kita mampu lebih baik daripada dulu kan...
kerana Allah kurniakan otak untuk berfikir
dan diri untuk beriman kepadaNYA.
Wallahu'alam
Semoga Ainul Farizah Bt Azmi dan Muhammad Iqmal Bt Azmi
berjaya di dunia dan akhirat dengan gemilang.
Amin.:)
No comments:
Post a Comment