Saturday 28 April 2012

Sy Suka huruf S :)

solat
sabar
sihat
sistematik
sakaratulmaut
sedekah
sopan
susunatur
senyum
selamat
salam
siap
sisir
simpan
senang
sangkabaik
suka
selalu
sesal
sayang
selesa
sasar
saadah = gembira <3

https://www.facebook.com/pages/Motivasi-PAGI-2012/202749516478727

Saturday 14 April 2012

Bilanya yang tidak sibuk ? :D

Fuh!dah lama tak berblog :D:D
Sibuk di sekolah,di rumah,mengurus itu dan ini
melaksanakan tanggungjawab itu dan ini...

Kerja itu adalah ibadah,melaksanakan tanggungjawab dan amanah itu adalah tuntutan.
Keikhlasan dan tiada kemaksiatan itu adalah kepuasan dalam melaksanakan segala jenis pekerjaan

Ada juga mengasingkan antara kerja dan ibadah..
Kerja dan ibadah itu adalah satu,itulah keindahan islam..
Janji,niat itu sentiasa diperbetulkan,
hati itu berteraskan keranaNYA

Marah bukan kerana amarah
Senyum bukan kerana terpaksa
Memuji bukan kerana meminta
Ketawa bukan kerana lupa semua gembira dariNYA
Benci bukan kerana menghina

Islam sangat indah,sangat cantik,sangat suci dan sangat luas...

Kita sering diingatkan dengan hadis dan ayat2 alQuran di bawah,dan itulah penguat hati kita sebenarnya <3...

"Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), 
maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; 
dan 
kamu akan dikembalikan  kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"
~AtTaubah ayat 105~ 

"Kemudian setelah selesai solat,
maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), 
dan carilah limpah kurniaan Allah, 
serta ingatlah Allah sebanyak-banykanya(dalam setiap keadaan), 
supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat)"
~Al Jumaah ayat 10~ 

"Jika pergi seseorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, 
sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta 
maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain 
sama ada diberi atau tidak 
kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, 
mulailah daripada yang terdekat."
~Rasulullah SAW ~

"Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu’min yang bekerja (Hadiht)"
~Rasulullah S.A.W~ 


>>Jika kita sentiasa bekerja sebagai ibadah,
kita tiada masa bekerja dengan sambil lewa,tidak bersungguh2,berbalah2 
kerana niat bekerja adalah keranaNYA<<

*jika dia seorang pekerja yang baik di tempat kerja,
dia juga wajib seorang yg baik di rumah~by my sahabat*