Rupa2nya tidak..
Ada perkara yang lebih menarik daripada blog dan FB iaitu balik kampung;rumah emak dan ayah,sibuk dengan anak2,mengajar anak2 di rumah dan masa bersama keluarga :)
Namun cuti kali ini, saya ada belaja sesuatu tentang hidup dan masa sebab banyak hari bercuti...:)
Antaranya :>Semoga ISLAM aku, tidak sekadar nama
- hidup ini sangat kosong,jika tidak diisi,jika tiada aktiviti
- begitu juga diri,ia akan kosong,jika kita tidak isi dengan zikrullah
- sedang kita sibuk dengan kerja,kita rasa tension dengan masa
- bila tidak sibuk, kita rasa tension dengan masa sbb bosan
- maka,bila kita rasa suka dengan kehidupan kita
- setiap hari ,selepas belaja waktu kelas,anak2 murid membaca surah Al-Asr,Allah bersumpah demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
- tetapi adakah saya menghayati maksud kalam Allah tersebut iaitu nasihat yang berguna buat hambaNYA
- perkara yang kita suka,bukan semua boleh buat hati rasa tenang dan tenteram
- ada perkara yang kita suka itu sebenarnya dilarang dan lara sebab itulah Pencipta kita larang sebab ia membawa kedukaan jika dituruti
- tiada perkara yang lebih tenang selain sentiasa membuat perkara2 yang mendekati diri kepadaNYA
- ada perkara yang perlu diutamakan selain daripada perkara yang kita suka buat
- masalah itu indah sebenarnya
- masalah memberikan kita ruang untuk mengenal diri kita yang sebenar,adakah kita betul2 kuat,betul2 beriman dan betul2 bagus
- masalah menyedarkan kita ini hamba.Hamba yanglemah sentiasa bergantung harap kepada Pencipta
- masalah buat diri tidak menyombong
- masalah buat kita menjadi lebih baik,jika kita mahu menerima kesilapan dan memperbaiki kelemahan diri
- masalah seperti resistance di dalam mentol dalam litar (cicuit) yang memberi cahaya lampu :)
- mencari masalah sangat berbeza dengan menghadapi masalah
- manusia sekeliling amat bermakna terutama sekali keluarga dan paling utama ibubapa,suami dan anak2
- setiap keluarga mempunyai cara yang berbeza
- namun agama itu tetap sama dan ajarannya adalah sentiasa sama
- jgn salahkan sesiapa kerana kita yang melangkah dan membuat tindakan
- doa itu adalah penguat jiwa
Cuti2 lama ini mengajar saya perkara2 di atas.
Terima kasih cuti :).
Syukur(terima kasih tidak terhingga) Ya Allah
kerana aku dilahirkan daripada rahim ibu terus beragama ISLAM
-Aku sangat kerdil-
No comments:
Post a Comment