BATCH FORM 3 2011 MRSMTGS
THEY HEART ME!!haha..yeah..mereka memberi seribu makna kepada saya...
mereka bagaikan 136 orang anak saya yang saya ada..jika mereka anak,maka saya ada seribu satu macam ragam daripada 136 orang anak-anak ini...
Sejarah menemukan saya dengan mereka ketika tahun 2010,ketika mereka
tingkatan 2..Ketika itu saya dilantik menjadi Penyelaras PGG Tingkatan 2 oleh pihak maktab.
Alhamdulillah,saya masih bersama mereka kerana pada tahun ini,2011,saya dilantik menjadi Penyelaras Tingkatan 3 2011.(Sangat besar tanggungjawabnya...).
Saya bersyukur, saya tidak bergerak seorang,saya mempunyai rakan2 dan adik2 guru seperjuangan yang sentiasa berbincang dan melaksanakan tugas sebagai satu team yang saya sangat selesa...saya tidak pernah saya rasa saya ketua bila bersama guru2 malahan saya rasa saya hanya bergerak bersama2 mereka membantu anak2 didik kami ini.Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 dan adik2 guru kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya,dan saya memohon maaf atas kesilapan saya secara sedar atau tidak...Semoga Allah dan kejayaan sentiasa bersama kita,di dunia dan akhirat.Amin...
Berbalik semula kepada anak2 cOmel ini...Mendidik mereka bagi saya,adalah satu cabaran besar,objektif yang di permukaan sudah tentu mahu mereka mendapat 8A dlm PMR 2011 ini.Bukan mudah,bukan semua yang senang dibantu,difahami, dan didekati.Objektif yang lebih utama adalah bukan sahaja gemilang dalam PMR 2011 ini,tetapi lebih daripada itu mereka gemilang jua dalam akhlak,agama,budi bahasa,keyakinan diri,ketrampilan diri;dunia dan akhirat.
Bagi saya itulah cabaran...Dan saya tidak pernah berputus asa walaupun kadang2 memang susah untuk 'masuk dalam dunia mereka'...Dunia mereka sangat mencabar,saya juga tidak pasti saya boleh setabah mereka jika remaja saya di alam mereka yang penuh dengan dunia siber yang tiada halangan,sosial yang menghimpit,hiburan yang mendatang.Itulah cabaran saya untuk mendidik dan cabaran mereka untuk menghadapi dengan ilmu daripada guru2 dan ibubapa mereka.Saya doakan mereka sentiasa dilindungiNYA.
Hari ini 4 Oktober 2011,sudah bermula PMR dan 3 hari lagi mereka akan menghadapi peperangan PMR ini di kala umur mereka 15 tahun.Semoga kemenangan milik mereka.Amin.Saya amat mengharapkan kejayaan 8 A mereka nanti tidak menjadikan mereka manusia yang lupa diri,bangga diri dan sombong.Saya mendoakan kejayaan mereka dlm PMR ini menjadikan mereka,insan-insan yang bersyukur kepada Allah,menghargai dan mengenang jasa2 guru2 dan ibubapa mereka,ia juga menjadi titik tolak untuk mendapat kegemilangan dalam SPM,menara gading,bekerja gemilang,berjaya gemilang di dunia ini dan akhirat hingga ke syurga...
Buat anak2,kamu adalah memori indah walau kita lalui saat2 bersama,ada yang suka dan ada yang duka.Tcheer amat bersyukur kita pernah bersua..
ALL THE BEST;DUNIA & AKHIRAT
i love u all! |
ILOVEYOU <3
ReplyDeletebebanan akan dirasakan seperti satu hiburan jika di dalam hati tertanam jiwa dan perasaan rasa ikhlas terhadap tanggungjawab yg dilaksanakan... :)
ReplyDeleteterima kasih atas komen membina :))
ReplyDeleteterima kasih untuk menaruh harapan pada kami walaupun pada saat2 terakhir !!!!
ReplyDeletetanz 4 take a good care 4 us..teacher ta penah give up dengan kitowang..tcheer pembakar semangat kitowang..just one word ..
ReplyDeletei love u tcheer..
I LOVE YOU...
SARANGHEYO
well u r superb tcheer,. i have never been ur stud officially,, well quite unlucky but knwing u itself is a great moment..xtually i bcme sppechlesss wen i saw tis blogspot. its like wow.. u r alwayz the T-CHEER.. :)thanks a lotttt.. keep up tcheer so my bros n sis will also be great human being under ur guidance n support,,.
ReplyDeletei am no one...tq for the compliment.but it is not for me but all compliments milik Allah.
DeleteJust do or best because we had given the best from Allah.
Anyway,pray for me in your doa because i am just human whose have wrong doings.Semoga kita bertemu di syurgaNYA.Amin
love u tcheer....miss u so much.....
ReplyDelete