Friday 15 May 2015

Esok hari guru...16 Mei 2015 :)








 
Warna warni kehidupan sebagai seorang sangat membahagiakan aku>Alhamdulillah.Sangat gembira menjadi seorang guru di MRSM Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis,Pahang dan sekarang di MRSM Muar,Johor
 
Daripada dulu hingga sekarang saat indah di sekolah ialah berada di dalam kelas mendalami,berkongsi ilmu Allah kepada anak anak didik amanahNYA kepada aku.
 
Arwah Ayah seorang guru telah diwarisi olehku,aku bersyukur.
 
Hati seorang guru sangat unik,hingga bawa ke mimpi mengenai apa cara lagi mahu menolong anak didik cinta ilmu dan bagaimana mahu menguasai ilmu Allah yang sangat indah dan berharga ini.
 
Berhadapan dan berinteraksi dengan insan insan remaja kecil yang sedang mencari identiti diri membuatkan hari hari sebagai guru tidak berkisar mengenai ilmu duniawi sahaja,aku lebih memandang bagaimana mahu mereka tahu, kehidupan ini ada 2 tanggungjawab ;sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah Allah.
 
Ohh! bukan mudah hati yang sedang muda untuk orang tua ini selami dan fahami:)
Tapi aku yakin ada sebab mengapa Allah pilih aku sebagai guru mereka.
 
Bagi aku sebagai guru,
Jangan dihina anak kecil anak-anak didikku
Siapa kamu mahu menilai mereka
Umur mereka belasan
 
TERUS DIDIK dengan NASIHAT dan HARAPAN
DOA berpanjangan yang baik baik untuk mereka
kerana DEWASA dan TUA mereka belum sampai.
 
InshaAllah, nasihat dan harapan itu terdetik
di satu masa
di hati mereka
di satu langkah kehidupan mereka
kalau bukan di sekolah,mungkin di luar sekolah
(yang Allah sahaja tahu bila,InshaAllah)
 
***Saya mahu cinta mereka kerana Allah***
Saya juga mahu mereka cinta saya kerana Allah
 
 
SELAMAT HARI RAYA GURU
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday 27 February 2014

Isteri Solehah

Adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang
patuh (taat) dan
memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya
sebagaimana Allah telah memelihara mereka
[AnNisa ayat 34]

Dunia ini adalah perhiasan
dan
sebaik baik perhiasan adalah wanita solehah
[ Hadis Nabi Muhamad SAW Hadis Riwayat Muslim]

Mahukah kamu aku beritahu hal sebaik baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki? iaitu isteri yang solehah,
Jika suami melihat kepadanya,dia akan gembira.
Jika suaminya menyuruh sesuatu,dia akan taati dan
Jika suami tiada di rumah,dia akan menjaga harta suaminya
dan
memelihara kehormatan dirinya
[ Hadis Nabi Muhamad SAW Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Barangsiapa diberi Allah seorang isteri solehah,
sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya.
Dan hendaklah bertakwa kepada Allah separuh lainnya
[ Hadis Nabi Muhamad SAW Hadis Riwayat Baihaqi]

Tuesday 25 February 2014

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah
masih diberi kesempatan menaip di blog ini ...Alhamdulillah.
Semakin hari semakin sedikit usia yang diberi oleh Allah kepada kita
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara untuk mempersiapkan diri ke alam yang kekal abadi alam akhirat..

Tugas dan tanggungjawab di dunia ini adalah amanah daripada Allah kepada kita untuk dijalankan sebaik mungkin sebagai khalifah di muka bumi dan ibadat sebagai hamba Allah.

Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,namun kita selalu leka dan lalai sebagai hambaNYA

Kita di dunia ini tugasnya adalah mencari redha Allah,melaksanakan peraturan Allah dan meninggalkan apa yang Allah larang,itu semua kerana Allah mahu kita beriman,takwa dan tawaduk kepada Allah agar hidup kita selalu tenang di bawah rahmat dan hidayahNYA...

Baliklah kepada Allah,peganglah tali Allah...Allah Maha Besar....

Jujurlah kepada Allah,ikhlaskanlah hati kepada Allah

Berdoalah,mintalah...kita sentiasa diberi kesempatan memperbaiki diri,mohonlah dalam doa kepada Allah agar sentiasa di bawah petunjuk,rahmat,hidayah Allah

Daripada Allah kita datang,kepada Allah jua kita akan kembali.

Semoga kita semua berada di syurga Allah di alam akhirat nanti.Amin

Thursday 4 April 2013

Panjang kali ini....

Berada di depan laptop membuat kerja di rumah bersama anak2 yang sedang membuat homework adalah satu perkara yang jarang dibuat.

Rumah bukan tempat yang sesuai dihabiskan masa sepenuhnya untuk menyibukkan diri untuk membuat kerja tempat kerja.Tapi mungkin ada sedikit masa dan ketika pengorbanan perlu dibuat...Pengurusan masa amat penting bagi seorang insan agar mendapat kuantiti dan kualiti masa yang baik.

Minat, suka dan jiwa saya hanya ingin menjadi guru biasa tetapi luar biasa di dalam kelas dan luar kelas bersama pelajar,saya tidak sehebat mana,banyak silap di sana sini sepanjang saya bergelar guru tapi itu mematangkan saya untuk menginsafi diri apakah tujuan amanah tanggungjawab saya sebagai seorang yang bergelar guru,bagi saya biarlah saya menjadi terbaik di dalam kelas bersama anak anak didik saya walaubagaimana siapa dari mana mereka,saya mahu mendidik mereka luar daripada bidang subjek Physics dan Science,mengenai kehidupan di dunia demi Allah Pemilik Hari Akhirat yang abadi.

Berpegang kepada kepercayaan perancangan Allah itu adalah Maha Terbaik buat hambaNYA...Ada sesuatu yang perlu saya pelajari dan perbaiki untuk diri saya jika diberi amanah dan tanggungjawab yang lebih besar.Ia bukan kuasa atau nama tetapi ia adalah amanah dan tanggungjawab yang lebih berat,di mana hati perlu lebih rendah,percaya dan hayati bahawa segala kuasa dan kekuatan itu milik Allah,bukan kita manusia hamba yang lemah dan kecil kadangkala hina dan menzalimi diri sendiri.
Allahuakbar!Besar sangat besar..., kekadang tak mampu untuk menghadapi.....mahu sahaja lepaskan sahaja...

Diri lemah terasa sekali kekadang menyinggah,kekadang selalu...
Tapi mendidik hati siapa kita di sisi Allah,di mana kita di sisi Allah,niat kita kepada Allah,amanah dan tanggungjawab ke mana arah,adakah kerana Allah...
Soalan2 itu penguat hati dan jiwa...Duka lara masalah jiwa sedih lara dicipta memang benar buat hambaNYA yang lalai ini kembali dekat kepada Pencipta kita iaitu Allah S.W.T....

Antara pelajaran baru yang dipelajari sangat indah...antaranya....


  • bersangka baik itu penenang rasa hati dan jiwa
  • manusia mempunyai pelbagai ragam dan cara termasuk saya sangat mengindahkan bumi dan kehidupan ini
  • jika semua manusia mempunyai sifat dan setuju yang sama,maka tiada apa2 perubahan yang lebih baik akan dipelajari
  • niat yang sama bagi semua manusia adalah mencari redha Allah adalah pengikat ummah
  • setiap langkah tidak semua yang betul daripada kita,ada banyak idea dan kata yang betul juga, yang perlu dianalisis,jika baik dan sesuai,sesuatu boleh dipelajari dan diperbaiki untuk kebaikan diri dan sejagat manusia
  • buat yang baik dan yang terbaik mengikut sunnah dan peraturanNYA
  • kritikan di belakang dan di hadapan kita, daripada orang lain itu perlu diambil kira untuk dianalisis bagi mendapat mendapat keputusan yang terbaik
  • kritikan dan idea yang berlainan perlu disampai dengan adab, sopan, hormat, rendah diri yang kita hanya manusia yang ingin berkongsi dan mencapai terbaik kerana itu, yang Allah mahu daripada kita iaitu buat yang terbaik
  • hormat dan percaya semua manusia punyai ada perasaan dan maruah diri
  • kritikan itu janganlah sampai tiada yang baik dinampak dalam diri orang yang dikritik
  • berkongs,i berbincang, mencadang idea lebih baik daripada mengkritik semata
  • berbincang,bermusyawarah menyelesaikan cara mengatasi masalah LEBIH BAIK daripada berbincang mengenai masalah
  • tanya hati di mana Illahi,jgn risau, jika perbuatan itu, kita tahu bahawa Allah tahu itu betul dan baik...
  • berbeza itu perlu,kebersamaan itu juga perlu
  • semua insan itu sama kecuali yang membezakan manusia adalah ketakwaan kepada Allah.
  • nampak baik dan buat baik itudatang dari hati yang baik, bukan datang dari hati yang riak dan sombong

Luahan hati agak panjang kali ini,kerana 
saya tidak sekuat yang disangka,
hati saya tidak sebaik dirasa,Allah sahaja yang tahu...
dosa saya setiap hari sentiasa diharap diampuni olehNYA...

Doakan saya ,tolong doakan saya menjadi hamba Allah yang mencari redha Allah jadi tujuan dalam kehidupan di dunia dan akhirat....Amin.....





Saturday 23 March 2013

Adui!

Ada seorang anak
saya tahu dia baik dan rajin
datang kepada saya
mengadu
cikgu saya selalu rotan saya
>pakai apa
rotan kuning...besar...
>awak buat salah tak
tak...saya nak antar kerja
saya suka subjek tu tapi saya takut dgn cikgu ni
sakit...cikgu tu asyik bawa rotan
>takpe,awak jgn buat silap belajar jek...

Rotan adalah isu besar dalam Malaysia
Namun seperti biasa setiap benda ada pro dan kontra
ia perlu dikawal agar tidak terlalu ekstrem penggunaanya dan juga tidaklah sampai tiada kepenggunaannya
Bersederhanalah dalam menggunakan rotan

Anak ini anak kecil bukan berada di sekolah menengah
Datang berbual dengan saya
Dia mahu belajar
Jangan matikan semangat anak ini
Tariklah hati anak ini menyukai subjek itu
Bila dia sudah mula suka dengan ilmu yang dia hadapi
Dia akan mahu mendalami dan mengetahui lebih subjek ilmu tersebut
Menakutkan dengan cara yang salah adalah rugi bagi seorang guru
Menyakitkan dengan cara yang salah buat manusia rasa benci dan hina
Manusia diajar tidak melampui batas

Lindungilah kami semua daripada ajaran yang salah Ya Allah...

Thursday 21 March 2013

ari ini result keluar

Ari ini result keluar...selalunya sy sebagai seorang guru memang tak sanggup menghadapi hari ini macam saya yg amik result...
Tapi hari ini memang hari ini adalah hari yang ditunggu2kan untuk semua walaupun banyak kumbang riang2 dalam perut...

Saya terpanggil untuk menulis di sini kerana saya  mahu anak2 didik saya tahu bahawa
sekeping result itu adalah  keputusan yang terbaik buat kita
Walau bagaimana keadaannya,sebenarnya ia adalah satu perkara yang kecil dibandingkan bagaimana kita kuat dan terus meneruskan usaha kita untuk menuntut ilmu dalam bidang yang bakal kita masuki selepas ini...

Please,please forget the result for a while and think what i must do after this.

Rancang terus apa yang akan lalui selepas ini.
Teruskan menuntut ilmu kerana dengan ilmu sahaja manusia boleh membantu menusia berfikir dan berbakti demi mencari redha Allah.
Nabi suka hamba NYA yg kuat semangat drpd lemah semangat kerana semangat itu akan membuat kita berjaya dan terus bergerak...

Bagi anak2 didik saya yang mendapat banyak bilangan A ada sebab mengapa anda terpilih...
Anda bakal menjadi pemimpin tertinggi dalam bidang yang bakal anda ceburi,jalanilah ia dengan penuh tanggungjawab dan kesyukuran.

Bagi anak2 didik saya yang kurang berpuas hati dengan bilangan A...
Ini bukan penamat.
Ini adalah permulaan bagi masa hadapan.
Tcheer sangat yakin dan percaya Allah sentiasa memberi peluang dan ruang kepada kita setiap masa termasuk masa hadapan.Ini adalah permulaan yang sangat baik untuk anda teruskan kehidupan.
Teruslah mencari ilmu dan dalami bidang masing2.
Dimana dan apa itu pasti ada,jgn risau....
Jika tcheer sayangkan u all,Allah Maha Penyayang,minta dan selalu ikut perintahNYA,hati pasti tenang dan urusan pasti mudah walau apa jua tertera di atas kertas putih tadi.

Islam mesti berjaya.Dalam ibadat khusus  itu wajib setiap masa bagi kita,dalam ilmu dan kegemilangan sistem juga Islam perlu berjaya.Itu tujuan khalifah Allah di muka bumi,makmurkan bumi...bagaimana?teruskan mendalami ilmu,berbakti di bumi,makmurkan alam dengan kebaikan demi mencari redha Allah.

Guys and girls candidate SPM 2012 of MRSM TGS,..
U all give me sweet memories to me.TQVM.
U all must know iluvuallsomuch...
Tcheer will always pray for u all,berjaya dunia dan akhirat.Amin.
Gonnamissuall.Pls keep in touch <3