Ada seorang anak
saya tahu dia baik dan rajin
datang kepada saya
mengadu
cikgu saya selalu rotan saya
>pakai apa
rotan kuning...besar...
>awak buat salah tak
tak...saya nak antar kerja
saya suka subjek tu tapi saya takut dgn cikgu ni
sakit...cikgu tu asyik bawa rotan
>takpe,awak jgn buat silap belajar jek...
Rotan adalah isu besar dalam Malaysia
Namun seperti biasa setiap benda ada pro dan kontra
ia perlu dikawal agar tidak terlalu ekstrem penggunaanya dan juga tidaklah sampai tiada kepenggunaannya
Bersederhanalah dalam menggunakan rotan
Anak ini anak kecil bukan berada di sekolah menengah
Datang berbual dengan saya
Dia mahu belajar
Jangan matikan semangat anak ini
Tariklah hati anak ini menyukai subjek itu
Bila dia sudah mula suka dengan ilmu yang dia hadapi
Dia akan mahu mendalami dan mengetahui lebih subjek ilmu tersebut
Menakutkan dengan cara yang salah adalah rugi bagi seorang guru
Menyakitkan dengan cara yang salah buat manusia rasa benci dan hina
Manusia diajar tidak melampui batas
Lindungilah kami semua daripada ajaran yang salah Ya Allah...
No comments:
Post a Comment