Thursday 12 July 2012

Luahan Hatiku...

8 hari lagi bulan Ramadhan...:)sangat seronok dan tak sabar,tiada syaitan...Nafsu sendiri ujian diri..

Hari ini saya ingin mencoret sedikit pendapat mengenai dunia saya,dunia guru dan pelajar.

Sebagai guru,saya sering melihat dan berdepan dengan segala macam ragam dunia remaja setiap hari..zaman remaja terkini...dan tak mungkin saya pernah berada di dalam zaman remaja seperti mereka,sebab sekarang saya sudah tua dan lama meninggalkan zaman remaja pop yeh yeh saya :)

Namun bukan itu,isu yang saya cuba sampaikan.
Isunya dalam menghadapi keadaan ini,saya rasa sang dewasa perlu menyelami zaman remaja terkini,kadang2 orang dewasa cuba menyalahkan yang muda remaja tentang laku mereka tanpa empati..(menyelami bukan memasuki)

Saya rasa sesekali cuba kita empati dan mengenali apa yang mereka hadapi,mereka lahir dengan keadaan semua serba lengkap,keluarga yang ekonominya lebih baik,tv warna penuh cerita,piring astro di atap rumah masing,jari menjadi medium mengenali dunia IT dan dunia luar...sudah tentu cabaran mereka di usia remaja lebih mencabar daripada zaman remaja kita yang serba lain daripada mereka...

Saya tak kata apa mereka lakukan itu benar jika menyalahi peraturan agama..Tapi apakah yang kita lakukan untuk mengatakan kepada mereka bahawa pintu taubat dan pintu kembali kepada kebaikan itu masih ada..Bagaimana kaedah kita menyatakan,menasihatkan  remaja kini sama seperti kita remaja dahulu?Adakah pendekatannya sama seperti mereka berada lahir di zaman remaja kita dahulu?

Jika kita sentiasa menyalahkan,mengherdik,memarahi tanpa menerangkan apa yang sepatutnya mereka lakukan,tanpa membimbing mereka dengan ilmu agama sebenar,tanpa mencadangkan kepada mereka apa yang perlu mereka buat,tanpa berbincang dengan mereka apa yang salah,saya rasa sampai bila-bila kita akan menjadi seorang dewasa yang sentiasa menyalahkan anak-anak remaja tanpa memikirkan solusi terbaik untuk membentuk remaja di zaman yang penuh pancaroba kini...

Sesungguhnya, satu kita boleh pegang;walau berubah generasi,walau berubah zaman,kita ada kekuatan yang sangat kuat dan benar sepanjang zaman iaitu ilmu Islam itu sesuatu yang benar,mukjizat isi alQuran itu benar,hadis Nabi kita itu pegangan dan contoh terbilang buat seluruh umatnya hingga hari kiamat.

Agama kita kaya dengan kehalusan kata,lembut,penyayang,pemurah,bersangka baik dan kebaikan.
Agama kita melarang mencela,mengumpat,membuka aib manusia,berkasar..
Namun agama kita tetap tegas,benar,selamat dan bahagia berada di dalamnya <3

...Mencari solusi itu lebih baik rasanya daripada sentiasa menyalahi....

*saya harap nukilan saya kali ini tidak mengganggu emosi sesiapa,saya memohon maaf jika kata2 saya tidak berkenan di hati,tetapi itulah sentiasa bermain di minda dan di hati saya....