(Namanya diari blog sebab bukan semua yang boleh dikongsi :))
Petang ni,saya nak share 1 cerita,saya rasa sangat tertarik dengan cerita tersebut bila baca di dalam sebuah buku sebentar tadi :)
Sebelum nak ceciter,ada seorang anak murid saya comment tadi..
>>Lama teacher x post kat blog,teacher bz ea??<<
Ye anak muridku:)),kalau akhir tahun,semua cikgu2 busy,
nak habiskan syllabus Form 1,2,4,
nak menanda paper akhir tahun,
yang ajar SPM pulak,turun malam2 bantu pelajar,
tu belum lagi cikgu yang jadi setiausaha Jemaah Disiplin pelajar,akhir2 ni lah banyak kes disiplin,
majlis Graduasi pelajar merai kejayaan pelajar,
majlis Pohon Restu,
dan macam2lah....
*Tapi takpe,saya ok dgn ke'bz'an tu...hehehe*
(Saya suka menikmati kehidupan ini,saya minta padaNYA saya tenang dan bahagia,dalam apa jua keadaan ,suka atau duka.dan sentiasa berada di bawah hidayah dan lindunganNYA.Amin:)
Tiba2 dalam masa yang sama seorang sahabat blog memberi comment dalam blog saya...
>>Bebanan akan dirasakan seperti satu hiburan jika di dalam hati tertanam jiwa dan perasaan rasa ikhlas terhadap tanggungjawab yang dilaksanakan <<
Terima kasih sahabat atas kata2 membina :))
Berbalik kepada tujuan asal,saya menaip pada ptg ni,saya nak share 1 cerita menarik bagi saya...>>>Begini ceritanya,
Ada seorang budak kecil sedang menulis di lantai dan ibunya sedang menyulam di atas kerusi..
Budak kecil itu memerhatikan sulaman itu dari pandangan bawah dan berkerut...,
Dia bertanya kepada ibunya,kenapa ibu menyulam gambar yang tidak cantik,banyak carik2 dan berbulu2??
Ibunya senyum dan menyuruh anaknya duduk di sebelah ibunya di atas kerusi...
Apabila budak itu duduk di sebelah ibunya,terlihatlah dia sebuah pemandangan yang indah sulaman ibunya...dan dia berkata cantiknya gambar ini daripada pandangan atas.
Dan ibunya terus tersenyum...:)
Saya suka dengan cerita ini,
kita selalu rasa apa yang kita hadapi susah dan menyusahkan kerana kita tidak pernah memandang sesuatu itu dengan sudut pandangan yang berbeza,
kita suka memandang dengan satu arah dan satu sudut,
sedangkan jika kita dapat lihat dengan mata hati dengan sudut pendangan yang betul perkara yang kita nampak tidak cantik,susah dan menyusahkan itu sebenarnya ingin memberikan kita sesuatu yang perlu dipelajari supaya kita menjadi lebih baik dan merasai keindahan yang lebih indah :)
law la tau cmni pnye bersungguh2 ckgu nak anak murid berjaya mmg dari dulu blaja rajin2..ohhh menyesalnya:(
ReplyDeletebukan semua ada kesedaran dari usia remaja,remaja adalah satu usia muda dan masih meniti untuk lebih matang...sekarang awak dah dewasa kan...tentu lebih matang drpd dulu.ceekgu doakan awak terus berjaya.dunia dan akhirat.Amin:)
ReplyDeleteakhirnya teacher post jg :)
ReplyDeletehehehe
semoga penat lelah ckgu yg terpaksa lalui hujung tahun yg bz ini akn mndpt ganjaran yg setimpal...
ReplyDelete