Sunday, 13 November 2011

Rahsia seorang guru sedang menanda kertas periksa~~ :)

Sekarang musim peperiksaan akhir tahun,cikgu-cikgu semua sibuk menanda...:)

Hari ni saya mahu cerita mengenai menanda yang mungkin orang lain tidak pernah tahu jika tidak pernah menjadi seorang guru :))
  1. Habis jek exam,selalunya student saya tak sabar nak tahu markah diaorang,mereka mengharapkan saya menanda sepantas kilat....;)
  2. Bagi saya pula dapat jek kertas periksa,buat hati saya berdebar-debar,boleh ke tak boleh anak2 murid saya menjawab?boleh dikatakan kejayaan dan kepuasan guru mengajar itu boleh diterjemahkan dengan bagaimana  anak2 muridnya boleh menjawab kertas peperiksaan.
  3. Selalunya,cikgu2 akan ambil kertas periksa tertentu untuk dilihat bagi menjadi penanda aras tahap cara menjawab pelajar :)
  4. Style menanda bagi setiap guru itu berbeza,ada yang menanda ikut soalan dan ada yang menanda soalan 1 sampai abis;-
  5. >menanda ikut soalan maksudnya menanda soalan 1,semua soalan 1 untuk semua pelajar,abis soalan 1,tanda pula soalan 2,semua soalan 2 untuk semua pelajar dan begitulah sehingga soalan terakhir.
  6. >menanda soalan 1 sampai abis pula bermaksud menanda soalan 1,2 ,3 sehingga habis bagi seorang pelajar demi seorang pelajar.
  7. Semasa menanda pelbagai emosi terpaksa ditanggung oleh seorang guru,ada kelakar,ada geram,ada marah,ada senyum...
  8. >kelakar bila jawapan pelajar memang kelakar tapi salah,masa tu tak tahu nak marah ke nak ketawa.grrrrr :P
  9. >masa geram dan marah semasa menanda bila melihat jawapan pelajar yang bukan-bukan,kalau ada pelajar tersebut duduk depan guru ketika itu,tak tahulah apa nasib pelajar tersebut..:)nasib baik semasa guru menanda,pelajar duduk jauh,sebab itu bila dapat markah dalam kelas para pelajar kena sediakan telinga mereka capang2...:))
  10. >guru akan senyum bila menanda jawapan pelajar sebiji macam skema jawapan,rasa macam berbaloi-baloi mengajar macam saya dapat minum air sirap merah ada banyak ais  lepas saya berlari di padang di kala panas terik :DD
  11. Setiap guru ada team mate(2 atau 3 orang mengajar subjek dan tingkatan yang sama),maka sebelum mula menanda guru-guru dalam team mate yang sama mengajar akan berbincang soalan dan skema jawapan,maka penandaaan akan menjadi selaras bagi semua pelajar tidak kira siapa yang mengajar.
  12. Menanda guna pen apa?? tentulah guna pen merah,tak kira sedang suka atau marah,menanda mesti guna pen merah. :)
  13. Pen merah dan guru tidak boleh dipisahkan ;)[saya telah memberi idea untuk anda beri hadiah pen merah kepada guru anda,hati mereka mesti tersentuh:))]
  14. Ada juga guru yang peka tentang pen merah ini,contohnya,saya akan mencari pen merah yang mempunyai mata yang sedap dan smooth bila digunakan untuk menanda.^_^
  15. Kadang-kadang 1 pen merah tidak cukup,guru akan membeli 2 atau 3 batang pen merah untuk menanda.cute kan!!.haha
  16. Baju terkena dakwat pen merah pun ada,khusyuk menandalah tu...:)
  17. Apabila habis menanda,ia bukan penamat,guru-guru perlu mengira dan mengumpul semua markah di muka surat hadapan,totalkan markah2 dan jadikan markah tersebut dalam bentuk peratus.Walooow!!berpinar-pinar mata cikgu melihat banyak nombor..
  18. Bila lihat markah pelajar dalam lingkungan A,guru akan rasa suka dan gembira macam nak melompat :)
  19. Bila lihat markah pelajar rendah,kalau ada cermin,masa tu guru itu akan tengok muka mereka sedih...Jauh daripada itu,mereka sedang risau :'( dan sedang memikirkan cara bagaimana lagi ingin menolong pelajar tersebut untuk meningkatkan markah......bagai anak murid mereka itu anak mereka sendiri,seorang guru itu sentiasa risau dan fikirkan tentang  masa depan anak-anak didik mereka.......
Begitulah sedikit sebanyak perihal menanda daripada awal,semasa,akhir dan selepas abis menanda.

Moga cerita ini akan buat anda lebih faham hati dan perasaan seorang guru,
mereka bukan suka2 dan wajib membebel semasa beri markah kertas periksa anda 
di dalam kelas,
tapi mereka sebenarnya cuma risau tentang masa depan anda selepas habis sekolah nanti...:)

*Sejak akhir-akhir ini,saya mula rasa sakit2 pinggang dan sakit badan bila banyak menanda kertas periksa pelajar dalam jangka masa yang lama...
Itukah penanda saya telah menjadi guru tua??hehehe

No comments:

Post a Comment