Adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang
patuh (taat) dan
memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya
sebagaimana Allah telah memelihara mereka
[AnNisa ayat 34]
Dunia ini adalah perhiasan
dan
sebaik baik perhiasan adalah wanita solehah
[ Hadis Nabi Muhamad SAW Hadis Riwayat Muslim]
Mahukah kamu aku beritahu hal sebaik baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki? iaitu isteri yang solehah,
Jika suami melihat kepadanya,dia akan gembira.
Jika suaminya menyuruh sesuatu,dia akan taati dan
Jika suami tiada di rumah,dia akan menjaga harta suaminya
dan
memelihara kehormatan dirinya
[ Hadis Nabi Muhamad SAW Hadis Riwayat Ibnu Majah]
Barangsiapa diberi Allah seorang isteri solehah,
sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya.
Dan hendaklah bertakwa kepada Allah separuh lainnya
[ Hadis Nabi Muhamad SAW Hadis Riwayat Baihaqi]
No comments:
Post a Comment