Ada tersirat yang banyak dalam bolasepak dan boleh difikir-fikirkan...:)
Mari kita fikirkan...
- Bolasepak ada tujuan utama iaitu menang dan gol.
Kehidupan kita juga ada tujuan untuk kemenangan iaitu gapai sesuatu
yang diimpikan.
- Untuk menyumbat gol,perlukan teamwork yang sangat baik.
Untuk menggapai impian kita,kerjasama dengan manusia sekeliling kita sangat diperlukan
(teamwork),kita tak boleh bergerak seorang untuk mencapai kejayaan.
- Gol dicapai,jika bahagian midfield,pertahanan dan serangan adalah terbaik.
Impian dicapai,jika hati kita merancang,bertahan dengan ujian dan terus
menyerang berusaha mencapai impian.
- Gol tidak dapat dicapai jika mana-mana bahgian midfield,pertahanan dan serangan pincang dan lemah.
Impian kita takkan tercapai jika lemah dalam merancang,lemah dengan
dugaan dan lemah semangat untuk berusaha mencapai kegemilangan.
- Sebuah pasukan bolasepak mempunyai coach yang memantau,merancang,menganalisis,dan cuba memperbaiki kelemahan agar terus gagah mencapai kemenangan.
Sebagai manusia yang ingin kejayaan,kita ada orang yang lebih tua,ibubapa,guru atau ketua yang
memantau,merancang sesuatu buat kita,menganalisis kelebihan dan kelemahan kita dan memberi
nasihat supaya memperbaiki kelemahan kita agar kita mencapai impian dalam hidup kita.
- Sebuah pasukan bolasepak mempunyai taktikal planning,disiplin yang tinggi untuk gol.
Kita juga perlu ada perancangan dan berdisiplin tinggi untuk mencapai kegemilangan dalam hidup.
- Psikologi juga amat penting untuk bangkit semula dalam pengurusan emosi semasa bermain bolasepak apabila sudah bolos gol.
Psikologi atau pengurusan emosi amat penting jika ada halangan menuju impian kita,itu sudah pasti ada
sepanjang perjalanan kita,oleh itu semangat dan kekuatan dalaman amat diperlukan untuk terus
berjaya mencapai gol hidup kita.
- Untuk menjuarai sesuatu,beberapa perlawanan persahabatan atau siri perlawanan perlu dilalui dan kadang-kadang kalah,kadang-kadang menang milik kita.
Untuk mencapai sesuatu,kita akan hadapi pelbagai peringkat,di dalam setiap tangga usaha itu kadang-
kadang kita jatuh dan kadang-kadang kita berjaya,itu lumrah,yang penting kita teruskan pendakian
kita.
- Setelah pasukan bolasepak itu kalah,pengurusan bolasepak,pemain akan berbincang dan mengenalpsti masalah dalam satu pasukan untuk memperbaiki dan terus menang dalam perlawanan berikutnya,
Jika kita menghadapi ujian,atau gagal dalam satu tangga usaha,kita perlu mencari dan muhasabah
apa kesilapan kita dan kita belajar daripada kesilapan dan jangan ulangi kesilapan tersebut agar kita
terus berjaya.
- Bolasepak itu sepi tanpa penyokong yang menyokong,sunyi stadium,moral pemain akan berkurangan
Perjuangan untuk mencapai impian akan lesu dan tanpa tujuan tanpa sokongan daripada orang
sekeliling;ibubapa,suami,isteri,anak-anak,rakan-rakan dan semua di sekeliling kita.
- Di akhirnya kalah dan menang,adalah hasil daripada kehebatan usaha dan keindahan tawakal kepada Tuhan yang Satu.Jika menang,pasukan itu tidak sombong dan jika kalah pasukan itu redha dan tidak berputus asa untuk terus mencapai kejayaan dan kemenangan.
Ya,begitu juga dengan kita,berjaya atau tidak kita akan kekal baik dan rendah diri dan tidak berputus
asa,redha dan sabar serta terus berusaha kerana kita tahu Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar
usaha dan doa kita.
:) Banyak lagi keindahan bolasepak,tersurat dan tersirat,untuk kita praktikkan dalam bola kehidupan kita jika kita berfikir positif dan terus berfikir...
:)Banyak FirmanNYA di dalam AlQuran bermaksud "Adakah kamu berfikir..."
(:Muhammad Iqmal Bin Azmi berlari di padang bola:)
best nyer ayat2 yg disampaikan..mmg begitu banyak pedoman yg bole digunakan daripada ayat diatas :) (anak didikmu)
ReplyDelete