Sunday, 31 July 2011

Puasa Tersirat & Tersurat...



Ari ini last Syaban,esok 1st Ramadhan..

Ianya akan jadik pantas...tak percaya sat lagi mesti dah raya..(ianya menginsafkan)
Dan saya akan berpuasa bersama anak2 didik di maktab dan anak2ku dan suami di MRSM tercinta :)

Harap kita akan terus mencari apa erti Ramadhan sebenar,samada dari ustaz2 dan org lebih tahu perihal agama..

Jika ada niat sengaja  tak nak berpuasa , moga keinsafan terbit dlm diri ...
Hidayah itu drpd Allah akan datang jika hambaNya tidak tulikan telinga yang boleh mendengar dan butakan mata yang boleh melihat.

Melalui sedikit ilmu dan pembacaan,mari kita share apa yang kita tahu tentang Ramadhan atau bulan puasa ini...

  • Puasa akan membuat badan sihat sepanjang usia kerana digestive system dalam badan akan berehat daripada memproses makanan yang dimakan sepanjang tahun,setiap hari dan oxygen yang disedut tidak akan digunakan untuk digestive system.
  • Imuniti sistem atau sistem pertahanan penyakit akan lebih baik kerana semua sel-sel rosak akan diperbaiki secara aktif oleh badan
  • Jika tidak puasa,digestive system akan terus aktif dan tidak berehat dan imuniti sistem akan failed dan kemungkinan banyak penyakit akan mudah dihadapi.
  • Jika kita tengok org yang berpuasa penuh,akan sihat sepanjang hayat,Allah Maha Penyayang,Dia mewajibkan kita berpuasa untuk kita menjadi sihat sepanjang usia.
  •  Dari sudut lain,puasa juga akan kita kembali kepada fitrah..
    Apa itu fitrah manusia,fitrah manusia adalah suka perkara yang baik2,sihat,selamat dsb.
  • Semasa berpuasa,kita akan lapar,dan waktu itu ada orang yang lebih susah dan lapar daripada kita,keinsafan akan wujud,di mana kita dikurnai banyak nikmat dari yang Maha Esa dan kita selalu merungut dan tidak menggunakan dengan jalan yang baik.
  • Dengan puasa kita akan jadi berjiwa lebih kuat dan bersyukur..
  • Kita digalakkan bersedekah menolong orang susah,di Bulan Ramadhan ini kita akan rasa betapa nikmatnya bersedekah dan membantu orang lain dengan nikmat dariNYA.
  • Dan hati kita akan menjadi lebih bersih drpd sifat kedekut ..
  • Kita akan berasa letih dan lemah,ketika itu puasa mengajar kita,kekuatan itu hanya milik Allah..."Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinNYA"
  • Dan hati akan menjadi lebih bersih drpd sifat sombong..
  • Nikmat terbesar semasa berpuasa adalah sewaktu berbuka puasa.
  • Sesiapa yang berbuka puasa,semasa minum air terutamanya akan berasa betapa besar nikmat air itu,sedangkan itu hanya segelas air.
  • Dan kita akan menjadi orang yang lebih bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit..
  • Bagi yang sedang belajar,semua oxygen akan digunakan untuk belajar dan bukan untuk makan,tiada lagi rasa ngantuk selepas makan tengahari dan semua ilmu akan mudah melekat di kepala.
  • Dan kita akan jadi orang yang cintakan ilmu dan mudah ilmu mahu melekat di minda.
  • Terawih berakaat banyak akan buat kita menggunakan segala tenaga makanan yang kita makan semasa berbuka,selain kita lebih banyak bersujud kepadaNYA,kita akan jadi lebih sihat kerana makanan digunakan,tidak menjadi lemak di badan.
  • Dan kita akan menjadi lebih sihat..
  • Sahur akan buat kita lebih dekat padaNYA di sepertiga malam...
  • Dan kita akan menjadi hambaNYA yang lebih baik dari tahun sebelumnya.Amin...
  • Wallahua'lam,banyak lagi yang tersurat dan tersirat barakah,rahmat bulan Ramadhan ini.
  • Allahuakbar...Allah Maha Besar
 
 Moga Ramadhan ini memberi sesuatu makna secara tersirat dan tersurat,di dalam jiwa dan rohani kita sebagai hambaNYA...

3 comments: