Tuesday, 12 July 2011

Perfect kah?

Sempurna sebagai manusia biasa?
Siapa sempurna tanpa dosa dan silap?

TIADA, itu jawapannya...

Manusia sebenarnya...

  • tidak perlu memandang rendah pada manusia yang membuat silap
  • hanya perlu tidak suka atas perbuatannya
  • jika ada kekuatan,gunakanlah tangan,hati dan doa menasihati mereka~
  • hari ini mungkin mereka kalah dengan ujian hidup
  • esok lusa mungkin kita pula
  • siapa kita mahu berlaku hebat seperti kita sempurna tiada dosa?

Selepas membuat kesilapan atau dosa,selepas itu, diri boleh menjadi...

  • lebih baik
          kerana diri belajar daripada kesilapan,bertaubat,berfikir dan belajar
          daripada   kesalahan yang  dilakukan.
          Tidak ulangi kesilapan itu untuk menjadi insan yang lebih baik.

    ATAU
  • lebih teruk
          kerana diri berasa;jahatnya aku,teruknya aku,
          semua orang pandang aku jahat...takpayah lah aku jadi baik.
          baik aku teruskan kejahatan ini...


Maka apa pilihan kita ?

Sebenarnya kita perlu memilih menjadi lebih baik kerana ...
  1. Kita sebagai manusia biasa perlu memilih menjadi lebih baik,
  2. Kita diberi jalan taubat,Tuhan kita Yang Satu Maha Penyayang;insaf dan taubat nasuhalah~
  3. Semua kita ada masanya,kita akan kalah atau menang dengan ujianNYA,kita sama-sama belajar,belajar daripada kesilapan dan menjadi manusia yang lebih baik dan lebih baik.
  4. Kita disuruh olehNYA,agar menasihati antara satu sama lain kerana kita semua sama melainkan amal dan takwa kita kepadaNYA.
Wallahu'alam

Saya doakan kita semua menjadi lebih baik,dan lebih baik dan lebih baik amalan dan ikhlas kita keranaNYA.
Amin Ya Allah
  



3 comments: