Monday, 11 July 2011

Kuala Lipis~

Kuala Lipis = known as Lepeh
Ia kota biasa yang luar biasa,tiada cacat cela dengan arus kota,
...damai dan tenang dari hiruk pikuk kesibukan dunia...

Sapa tak kenal Tok Gajah,Dato Bahaman,Mat Kilau;berjuang demi bangsa dan negara.
...Kalau sekarang Kuala Lipis masih hijau,kabus tebal menyelimuti,
apatah lagi ketika waktu dahulu..

Semangat juang tinggi,
pemikiran hebat,
jiwa kuat;
hadir dalam diri manusia yang pernah bertapak di bumi Pahang ini dan kita merasainya..
...Clifford,siapa tak tahu sekolah Siti Nurhaliza;Sekolah Menengah Clifford...

Siapa sangka Sir Clifford boleh meneroka jauh hingga ke Kuala Lipis,
rakyat berwarganegara lain berdagang jauh ke sini,
tanpa jalanraya bertar hitam seperti sekarang,
tanpa bas Transnasional dari KL ke Kuala Lipis,
tanpa teksi pakcik membawa Sir Clifford dari bandar hingga ke sekolah clifford,
namun Sir Clifford gagahi sampai jua di bumi bertuah ini...

Pasti ada sesuatu yang istimewa di sini~
Yang di mana,
sesiapa yang pernah minum air Sungai Jelai ini sahaja kan merasai istimewa bumi Lipis ini.


Sesiapa yang pernah berada di bawah langit Lipis indah ini,
pastikan merindui bumi ini,
...walau ia hanya kota kecil biasa...

Thank You Allah,
kerana diriku ditakdirkan menjejaki bumi ini,Kuala Lipis,Pahang

1 comment:

  1. sangat2 rindu bumi kuala lipis. tenang dan damai yang tak mampu diperoleh kat tempat lain

    ReplyDelete