Saturday, 6 August 2011

Mahu tahu hidup saya sebagai Guru? :)

*Siapa kata menjadi guru itu senang :)

Guru itu sendiri manusia biasa yang cuma ada sedikit kelebihan umur diamanahkan mendidik manusia yang masih muda,penuh tenaga dan jiwa menggelegak..

Ada sedikit coretan hati mengenai apa yang dilalui dan sedikit pengajaran...

Saya bermula dengan guru biasa yang penuh dengan kekurangan ilmu sebagai pendidik dan isi ilmu.
Tapi saya teruskan,walaupun saya guru,banyak kesilapan yang saya buat,TETAPI itu satu ilmu dan pengajaran untuk menjadi guru yang lebih baik untuk tahun seterusnya...

Tahun demi tahun berlalu,saya masih bergelar guru,setiap hari saya akan cuba memantapkan diri dengan kaedah dan cara baru untuk mengajar subjek Science PMR dan Physics SPM.Saya belajar daripada pemerhatian,pembacaan dan bertanya :-

  • Saya banyak perhatikan guru BARU yang baru masuk ke sekolah,bagaimana cara mereka,jika kita perhatikan pelajar akan lebih rapat dan mudah untuk berbual atau berbincang tentang mereka kepada guru BARU..Jika kita tahu sahabat nabi pernah berkata bermaksud Jangan mendidik manusia seperti mereka datang daripada generasi kamu.Oleh itu,saya sangat senang dengan kehadiran guru BARU,berbual-bual dengan mereka,apa mereka suka,idea dan pandangan mereka.Sebenarnya guru BARU penuh dengan ilmu walaupun mereka digelar guru BARU =))

  • Saya masih membaca buku2 Science dan Physics walaupun saya sudah bertahun-tahun mengajar benda yang sama,namun persediaan mengajar dengan membaca dan bersedia kepada bentuk pengajaran di dalam kelas keesokan harinya sangat penting.Pelajar semakin luas pengalaman mengenai dunia,dan cara mereka mengeksplotasi dunia berbeza.Saya berusaha mengaitkan isi pengajaran Science PMR dan Physics SPM itu dengan kehidupan mereka,dan mengaitkan juga dengan agama,bangsa dan negara.

  • Saya juga bertanya kepada kawan-kawan guru lebih senior,guru seangkatan dan guru yang baru mengajar.Bagi saya ilmu Science ,Physics dan ilmu cara mendidik itu perlu dimusyawarahkan kerana sebagaimana firmanNYA membawa pengertian;bertanyalah kepada Yang Pakar..Maka dengan bertanya,ia akan lebih menjadi mudah,lebih ilmu,daripada tidak tahu menjadi tahu..
Begitulah sedikit sebanyak cara saya,kehidupan saya sebagai guru..

NAMUN...
Kadang-kadang saya rasa kecewa dengan didikan saya tidak menjadi....

Jauh di sudut hati sebenarnya..Didikan saya dan semua guru bukanlah semata-mata untuk seorang pelajar itu berjaya mendapat A dalam subjek yang diajar tetapi lebih daripada itu,kami semua mendambakan pelajar kami A juga daripada segi Agama,Akhlak,Adab untuk melihat mereka bukan sahaja bahagia di dunia tetapi seterusnya di akhirat...


Dan sebenarnya doa kami tidak putus buat pelajar kami,kerana merekalah penerus dan penyambung ilmu demi agama,bangsa dan negara dan semata-mata keranaNYA.


*Dan saya sebenarnya mendapat ilmu baru daripada anak murid yang sedang belajar di uni dan bakal menjadi doktor...Beliau bersms dgn sy dan berkata..
If deep in our heart,we are truly sincere to advise the other muslims for the sake of Allah,we will not suppose to feel offended or disappointed when our advices aren't listened...
Why?
Because we are the one who said that we do it because of Allah

Terima kasih anak muridku;Najibah Zahirah for sharing with me the words..:)

Maka dengan ilmu baru itu,saya akan terus bersemangat mendidik anak2 didikku yang saya sayang...
*Doakan saya terus tabah dan tabah :)

Lihat senyuman mereka buat hati gembira..
Namun inilah  antara   wajah2 yang mengharapkan saya menjadi guru terbaik buat mereka =))


3 comments:

  1. saya doakan teacher sentiasa tabah dan kuat...ujian dari Allah adalah benar-benar buat orang yang terpilih sahaja:)

    teruslah senyum kerana teacher juga orang antara yang dipilih oleh Dia^^

    'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , "kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?'
    (al-Ankabut:2)

    uhibukkifillah,kerana Allah saya sayang teacher^^

    ReplyDelete
  2. "Tidak akan ade pelajar yg hebat mlainkan die berguru dgn guru yg hebat"..
    they need u tcher..same as we need u before..
    keep going n insyaallah Allah sebaik2 pertolongan..

    ReplyDelete
  3. terima kasih anak2 murid saya :)

    ReplyDelete