Sunday, 14 August 2011

Lin Dan VS Chong Wei = Mental vs Physico*

Sementara menunggu suami pulang dari solat terawih dan sedang menjaga anak2 di rumah...
Sempat saya melihat perlawanan badminton antara Lin Dan dan Chong Wei untuk gelaran Juara Dunia..:)

Ada sesuatu yang kita boleh belajar daripada perlawanan ini.Antaranya...

  1. Bila dua orang yang sudah tentu hebat dalam bidang tertentu,sama-sama hebat ,untuk menentukan kejuaraan,kekuatan mental terhadap tekanan physicology daripada pihak lawan amat penting.
  2. Bukan mudah sebenarnya,kita mengatasi tekanan minda dan menguasai minda sendiri dalam keadaan sekeliling mahukan kejayaan daripada kita dalam masa yang singkat.
  3. Semangat daripada orang sekeliling amat diperlukan,sokongan daripada orang terdekat amat membantu,namun diri sendiri yang menentukan lemah atau kuat semangatnya kita.
  4. Fizikal membantu, kekuatan mental perlu lebih kuat ditambah dengan jasmani sihat untuk terus berusaha.
  5. Jika kita bergerak seorang,tidak seperti bola sepak,bekerjasama satu pasukan,sememangnya cara menguruskan emosi diri sendiri yang sangat baik amat diperlukan.
  6. Pengurusan emosi sebenarnya memberi impak yang besar dalam menentukan kejayaan seseorang selain berusaha secara 'smart & hard'.
  7. Dalam berusaha mengejar kejayaan,ada yang suka dan menyokong dan ada yang tidak suka dan tidak menyokong,maka kita perlu memilih rakan dan sahabat yang sama-sama mahu berjaya seperti kita.
  8. Masih perlukan seorang pengadil dan penjaga garisan dalam hidup kita untuk menegur kita,jika tidak kita tidak sedar,kita  membuat silap dalam seronok mengejar kejayaan,kerana manusia cepat lalai.
  9. Tidak berputus asa,walau tertinggal mata dan mengejar balik mata adalah perlu dalam kehidupan,jangan mudah menyerah kalah,selagi nyawa dikandung badan.
  10. Fokus kepada apa yang kita mahu kerana lalai dan alpa akan melengahkan kejuaraan milik kita.
  11. Dalam mengejar kejayaan dan kejuaraan,kita jangan lupa,orang lain juga mahu kejayaan dan kejuaraan,maka dengan itu,kita perlu sedar kita perlu sentiasa belajar memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan lebih baik.
Itu antara yang saya boleh belajar,
apapun,
saya amat bersyukur saya dilahirkan sebagai orang Islam,
kekuatan saya sebenarnya adalah DOA
dan
saya yakin Allah akan menolong saya
selagi saya tidak berputus asa dalam terus berusaha bersungguh-sungguh dan tawakal kepadaNYA.
(: Takbir.Allahuakbar :)



1 comment: