Thursday, 4 April 2013

Panjang kali ini....

Berada di depan laptop membuat kerja di rumah bersama anak2 yang sedang membuat homework adalah satu perkara yang jarang dibuat.

Rumah bukan tempat yang sesuai dihabiskan masa sepenuhnya untuk menyibukkan diri untuk membuat kerja tempat kerja.Tapi mungkin ada sedikit masa dan ketika pengorbanan perlu dibuat...Pengurusan masa amat penting bagi seorang insan agar mendapat kuantiti dan kualiti masa yang baik.

Minat, suka dan jiwa saya hanya ingin menjadi guru biasa tetapi luar biasa di dalam kelas dan luar kelas bersama pelajar,saya tidak sehebat mana,banyak silap di sana sini sepanjang saya bergelar guru tapi itu mematangkan saya untuk menginsafi diri apakah tujuan amanah tanggungjawab saya sebagai seorang yang bergelar guru,bagi saya biarlah saya menjadi terbaik di dalam kelas bersama anak anak didik saya walaubagaimana siapa dari mana mereka,saya mahu mendidik mereka luar daripada bidang subjek Physics dan Science,mengenai kehidupan di dunia demi Allah Pemilik Hari Akhirat yang abadi.

Berpegang kepada kepercayaan perancangan Allah itu adalah Maha Terbaik buat hambaNYA...Ada sesuatu yang perlu saya pelajari dan perbaiki untuk diri saya jika diberi amanah dan tanggungjawab yang lebih besar.Ia bukan kuasa atau nama tetapi ia adalah amanah dan tanggungjawab yang lebih berat,di mana hati perlu lebih rendah,percaya dan hayati bahawa segala kuasa dan kekuatan itu milik Allah,bukan kita manusia hamba yang lemah dan kecil kadangkala hina dan menzalimi diri sendiri.
Allahuakbar!Besar sangat besar..., kekadang tak mampu untuk menghadapi.....mahu sahaja lepaskan sahaja...

Diri lemah terasa sekali kekadang menyinggah,kekadang selalu...
Tapi mendidik hati siapa kita di sisi Allah,di mana kita di sisi Allah,niat kita kepada Allah,amanah dan tanggungjawab ke mana arah,adakah kerana Allah...
Soalan2 itu penguat hati dan jiwa...Duka lara masalah jiwa sedih lara dicipta memang benar buat hambaNYA yang lalai ini kembali dekat kepada Pencipta kita iaitu Allah S.W.T....

Antara pelajaran baru yang dipelajari sangat indah...antaranya....


  • bersangka baik itu penenang rasa hati dan jiwa
  • manusia mempunyai pelbagai ragam dan cara termasuk saya sangat mengindahkan bumi dan kehidupan ini
  • jika semua manusia mempunyai sifat dan setuju yang sama,maka tiada apa2 perubahan yang lebih baik akan dipelajari
  • niat yang sama bagi semua manusia adalah mencari redha Allah adalah pengikat ummah
  • setiap langkah tidak semua yang betul daripada kita,ada banyak idea dan kata yang betul juga, yang perlu dianalisis,jika baik dan sesuai,sesuatu boleh dipelajari dan diperbaiki untuk kebaikan diri dan sejagat manusia
  • buat yang baik dan yang terbaik mengikut sunnah dan peraturanNYA
  • kritikan di belakang dan di hadapan kita, daripada orang lain itu perlu diambil kira untuk dianalisis bagi mendapat mendapat keputusan yang terbaik
  • kritikan dan idea yang berlainan perlu disampai dengan adab, sopan, hormat, rendah diri yang kita hanya manusia yang ingin berkongsi dan mencapai terbaik kerana itu, yang Allah mahu daripada kita iaitu buat yang terbaik
  • hormat dan percaya semua manusia punyai ada perasaan dan maruah diri
  • kritikan itu janganlah sampai tiada yang baik dinampak dalam diri orang yang dikritik
  • berkongs,i berbincang, mencadang idea lebih baik daripada mengkritik semata
  • berbincang,bermusyawarah menyelesaikan cara mengatasi masalah LEBIH BAIK daripada berbincang mengenai masalah
  • tanya hati di mana Illahi,jgn risau, jika perbuatan itu, kita tahu bahawa Allah tahu itu betul dan baik...
  • berbeza itu perlu,kebersamaan itu juga perlu
  • semua insan itu sama kecuali yang membezakan manusia adalah ketakwaan kepada Allah.
  • nampak baik dan buat baik itudatang dari hati yang baik, bukan datang dari hati yang riak dan sombong

Luahan hati agak panjang kali ini,kerana 
saya tidak sekuat yang disangka,
hati saya tidak sebaik dirasa,Allah sahaja yang tahu...
dosa saya setiap hari sentiasa diharap diampuni olehNYA...

Doakan saya ,tolong doakan saya menjadi hamba Allah yang mencari redha Allah jadi tujuan dalam kehidupan di dunia dan akhirat....Amin.....