Wednesday 24 August 2011

Lagu boleh menguatkan Jiwa :)

HambaMU

...The Lyrics just Touch My Heart..and made me become stronger ...





Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
 
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalahku
Hamba mu Allah

Hambamu Allah 
 
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasratlah dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
 
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalahku
Hamba mu Allah

  Allah 2x...

Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalahku
Hamba mu Allah

Thursday 18 August 2011

S.A.T.U SAAT yang mengubah segalanya...~

Hidup ini singkat sahaja.
Oleh itu setiap saat yg dinikmati, biarlah ia adalah niat ibadat.

Dari kecil sehingga dewasa,hidup dilalui dengan berperingkat...
Menangis,tiarap,merangkak,bertatih,berjalan,berlari,berkawan,sekolah rendah,sekolah menengah,uni,kerja,tunang,kahwin,ada anak,besarkan anak,tua,mati akhirnya...
Itupun jika umur ke arah itu..

Masa berlalu dengan pantas,sedar-sedar umur sudah bertambah dengan banyak.
Mungkinkah amalan kita bertambah atau berkurang dengan pertambahan umur kita,kita yang pilih.
Doa dan berusaha berhijrah ke arah lebih baik.
Muhasabah diri sendiri itu lebih baik...

Mungkin ada SATU SAAT atau lebih daripada satu saat yg kita ingin ulang kembali,
agar saat itu kita tidak membuat tindakan yang salah seperti yang kita telah buat...
Ia saat yang sangat mengecewakan diri kerana diri sendiri yang menzalimi diri sendiri.

Tapi sebenarnya,SATU SAAT itulah yang mengajar kita menjadi lebih baik pada masa kini
Menyesal,tidak ulangi,bersyukur,belajar drpd SATU SAAT itu yang perlu.
Allah Maha Penyayang,MAHA...

Jika tiada SATU SAAT ini, mungkin takbur dan riak bersatu dalam diri,
tidak sedar diri sebenarnya Hamba Yang Lemah...
Pengharapan kepada Allah dan Niat kerana Allah
sangat perlu disemai dan diperbetulkan dalam hati setiap saat yang kita nikmati  :)

Bersyukur kita masih bernyawa untuk menambah amalan pada setiap saat yang diberi pinjam Allah kepada kita sebelum kita ke alam kubur,padang masyar dan akhirnya alam neraka atau alam syurga...

Pegaga Cameron Highland

Sunday 14 August 2011

Lin Dan VS Chong Wei = Mental vs Physico*

Sementara menunggu suami pulang dari solat terawih dan sedang menjaga anak2 di rumah...
Sempat saya melihat perlawanan badminton antara Lin Dan dan Chong Wei untuk gelaran Juara Dunia..:)

Ada sesuatu yang kita boleh belajar daripada perlawanan ini.Antaranya...

  1. Bila dua orang yang sudah tentu hebat dalam bidang tertentu,sama-sama hebat ,untuk menentukan kejuaraan,kekuatan mental terhadap tekanan physicology daripada pihak lawan amat penting.
  2. Bukan mudah sebenarnya,kita mengatasi tekanan minda dan menguasai minda sendiri dalam keadaan sekeliling mahukan kejayaan daripada kita dalam masa yang singkat.
  3. Semangat daripada orang sekeliling amat diperlukan,sokongan daripada orang terdekat amat membantu,namun diri sendiri yang menentukan lemah atau kuat semangatnya kita.
  4. Fizikal membantu, kekuatan mental perlu lebih kuat ditambah dengan jasmani sihat untuk terus berusaha.
  5. Jika kita bergerak seorang,tidak seperti bola sepak,bekerjasama satu pasukan,sememangnya cara menguruskan emosi diri sendiri yang sangat baik amat diperlukan.
  6. Pengurusan emosi sebenarnya memberi impak yang besar dalam menentukan kejayaan seseorang selain berusaha secara 'smart & hard'.
  7. Dalam berusaha mengejar kejayaan,ada yang suka dan menyokong dan ada yang tidak suka dan tidak menyokong,maka kita perlu memilih rakan dan sahabat yang sama-sama mahu berjaya seperti kita.
  8. Masih perlukan seorang pengadil dan penjaga garisan dalam hidup kita untuk menegur kita,jika tidak kita tidak sedar,kita  membuat silap dalam seronok mengejar kejayaan,kerana manusia cepat lalai.
  9. Tidak berputus asa,walau tertinggal mata dan mengejar balik mata adalah perlu dalam kehidupan,jangan mudah menyerah kalah,selagi nyawa dikandung badan.
  10. Fokus kepada apa yang kita mahu kerana lalai dan alpa akan melengahkan kejuaraan milik kita.
  11. Dalam mengejar kejayaan dan kejuaraan,kita jangan lupa,orang lain juga mahu kejayaan dan kejuaraan,maka dengan itu,kita perlu sedar kita perlu sentiasa belajar memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan lebih baik.
Itu antara yang saya boleh belajar,
apapun,
saya amat bersyukur saya dilahirkan sebagai orang Islam,
kekuatan saya sebenarnya adalah DOA
dan
saya yakin Allah akan menolong saya
selagi saya tidak berputus asa dalam terus berusaha bersungguh-sungguh dan tawakal kepadaNYA.
(: Takbir.Allahuakbar :)



Wednesday 10 August 2011

'Semuanya tentang Saya'

"Semuanya tentang saya..."


Ianya amat menginsafkan...jika diteliti kita sering menceritakan tentang diri sendiri..
Dan apabila kita sedang bercerita tentang diri sendiri,ada banyak perlu kita memperingatkan diri sendiri.

Antaranya:-

Diri sendiri selalu bercakap perkara yang baik2,bagus2 tentang diri,ingatlah kita juga ada kelemahan dan kesilapan yang dibuat...

Elaklah bangga diri,semua nikmat,semua baik,semua keinsafan adalah datang dari Allah,Allah yang memberi kita nikmat,baik dan keinsafan.
Nabi Muhamad mengajar kita supaya berdoa agar Allah membantu kita mengingati Allah,bersyukur kepada Allah dan beriman kepada Allah.

Bila sering bercakap tentang diri sendiri,jangan lupa tentang orang lain,
mereka juga ada kelebihan,kebahagiaan mereka.
Kadang2 cerita tentang diri kita sendiri kepada mereka buat mereka sedih,maka selalulah memahami dan empati tentang orang lain.

Pentingkan diri sendiri,mungkin juga sikap ini boleh bercambah apabila kita sering bercerita tentang diri sendiri..
Kita bersaudara,kita tidak boleh hidup seorang diri.
Jantung itu tiada guna tanpa darah,paru2,mulut dan hidung.
Kita juga tiada guna tanpa ada hubungan yang baik dengan Allah,Rasulullah,ibubapa,guru,teman dan alam sekitar.

Pujian manusia lain kepada kita amat membahayakan diri sendiri.
Nabi pernah bersabda"Berwaspadalah dengan puji-pujian kerana ia boleh menyembelih"
Maka peringatkan diri,pulangkan Segala Pujian itu kepada Allah
(maksud Alhamdulillah=Segala Puji Hanya Bagi Allah)

Sama 2 kita hayati hadis Nabi Muhammad S.A.W,riwayat Muslim
'Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan akhirat.
Sesiapa yang menutup keburukan seorang muslim,Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat.
Dan Allah akan menolong seorang hamba selagimana ia berusaha untuk menolong saudaranya'

mahu Yang Paling?

Saya suka melayari FB,selain suka2,sebenarnya saya suka melihat cara manusia berfikir dan melayari kehidupan...
Di FB,banyak yang saya pelajari..


Saya suka ilmu2 baik yang dikongsikan...
Antaranya,yang dikongsikan oleh sahabat saya Qanitah Jaafar.
(*TQ Qanitah for sharing the good things)

~sama2 kita baca bersama,moga2 ada sesuatu yang tersemat di hati nurani.Amin~

Imam Ghazali: Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling DEKAT dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling BESAR didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang BESAR sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling BERAT didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling RINGAN di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling RINGAN sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling TAJAM sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling TAJAM sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. InsyaAllah..

Saturday 6 August 2011

Mahu tahu hidup saya sebagai Guru? :)

*Siapa kata menjadi guru itu senang :)

Guru itu sendiri manusia biasa yang cuma ada sedikit kelebihan umur diamanahkan mendidik manusia yang masih muda,penuh tenaga dan jiwa menggelegak..

Ada sedikit coretan hati mengenai apa yang dilalui dan sedikit pengajaran...

Saya bermula dengan guru biasa yang penuh dengan kekurangan ilmu sebagai pendidik dan isi ilmu.
Tapi saya teruskan,walaupun saya guru,banyak kesilapan yang saya buat,TETAPI itu satu ilmu dan pengajaran untuk menjadi guru yang lebih baik untuk tahun seterusnya...

Tahun demi tahun berlalu,saya masih bergelar guru,setiap hari saya akan cuba memantapkan diri dengan kaedah dan cara baru untuk mengajar subjek Science PMR dan Physics SPM.Saya belajar daripada pemerhatian,pembacaan dan bertanya :-

  • Saya banyak perhatikan guru BARU yang baru masuk ke sekolah,bagaimana cara mereka,jika kita perhatikan pelajar akan lebih rapat dan mudah untuk berbual atau berbincang tentang mereka kepada guru BARU..Jika kita tahu sahabat nabi pernah berkata bermaksud Jangan mendidik manusia seperti mereka datang daripada generasi kamu.Oleh itu,saya sangat senang dengan kehadiran guru BARU,berbual-bual dengan mereka,apa mereka suka,idea dan pandangan mereka.Sebenarnya guru BARU penuh dengan ilmu walaupun mereka digelar guru BARU =))

  • Saya masih membaca buku2 Science dan Physics walaupun saya sudah bertahun-tahun mengajar benda yang sama,namun persediaan mengajar dengan membaca dan bersedia kepada bentuk pengajaran di dalam kelas keesokan harinya sangat penting.Pelajar semakin luas pengalaman mengenai dunia,dan cara mereka mengeksplotasi dunia berbeza.Saya berusaha mengaitkan isi pengajaran Science PMR dan Physics SPM itu dengan kehidupan mereka,dan mengaitkan juga dengan agama,bangsa dan negara.

  • Saya juga bertanya kepada kawan-kawan guru lebih senior,guru seangkatan dan guru yang baru mengajar.Bagi saya ilmu Science ,Physics dan ilmu cara mendidik itu perlu dimusyawarahkan kerana sebagaimana firmanNYA membawa pengertian;bertanyalah kepada Yang Pakar..Maka dengan bertanya,ia akan lebih menjadi mudah,lebih ilmu,daripada tidak tahu menjadi tahu..
Begitulah sedikit sebanyak cara saya,kehidupan saya sebagai guru..

NAMUN...
Kadang-kadang saya rasa kecewa dengan didikan saya tidak menjadi....

Jauh di sudut hati sebenarnya..Didikan saya dan semua guru bukanlah semata-mata untuk seorang pelajar itu berjaya mendapat A dalam subjek yang diajar tetapi lebih daripada itu,kami semua mendambakan pelajar kami A juga daripada segi Agama,Akhlak,Adab untuk melihat mereka bukan sahaja bahagia di dunia tetapi seterusnya di akhirat...


Dan sebenarnya doa kami tidak putus buat pelajar kami,kerana merekalah penerus dan penyambung ilmu demi agama,bangsa dan negara dan semata-mata keranaNYA.


*Dan saya sebenarnya mendapat ilmu baru daripada anak murid yang sedang belajar di uni dan bakal menjadi doktor...Beliau bersms dgn sy dan berkata..
If deep in our heart,we are truly sincere to advise the other muslims for the sake of Allah,we will not suppose to feel offended or disappointed when our advices aren't listened...
Why?
Because we are the one who said that we do it because of Allah

Terima kasih anak muridku;Najibah Zahirah for sharing with me the words..:)

Maka dengan ilmu baru itu,saya akan terus bersemangat mendidik anak2 didikku yang saya sayang...
*Doakan saya terus tabah dan tabah :)

Lihat senyuman mereka buat hati gembira..
Namun inilah  antara   wajah2 yang mengharapkan saya menjadi guru terbaik buat mereka =))