>Ribut geomagnetik
>Jangkaan tsunami 25 m di Jepun
>Banjir dan bah di bandar2 besar di dunia
>Matahari semakin bergelodak
>Gempa bumi di sana sini
dan banyak lagi fenomena2 yang mungkinkah saya terlibat dan mungkin nyawa saya di hujung tanduk(Nauzubillah)..
saya risau dan takut dengan apa yang berlaku di sekeliling...
tetapi apa sebenarnya yang saya risaukan?? Adakah
saya risau dan takut dengan apa yang berlaku di sekeliling...
tetapi apa sebenarnya yang saya risaukan?? Adakah
?kepada kematian,
?mati
?kehidupan selepas mati
?risaukan amalan yang kurang
?risau atas dosa yang lepas dan dosa yang dilalui
banyak lagi sebab yang boleh kita fikirkan...kenapa kita risau dan takut.
Apapun,
saya perlu...saya perlu...saya perlu...
sentiasa memperbersihkan hati,
sedar saya hambaNYA,
dicipta untuk mengabdikan diri hanya untukNYA,
segala gerak dan laku keranaNYA,
melakukan terbaik keranaNYA
ikhlas,takwa,tawaduk atas perbuatan,
taubat nasuha atas dosa,
lihat kesilapan diri dan kesilapan hati...
Saya tahu saya hamba yang lemah,
Kadang2 saya kalah dengan dunia dan amarah,
kalah dengan hati yang lara...
Memang sangat benar
Pencipta kita Maha Sayang,Maha Kasih,Maha Lembut kepada saya.
Saya yang sering menzalimi diri saya sendiri...
...Tidak boleh salahkan sesiapa,kecuali diri sendiri...
Pintu Taubat Nasuha sentiasa dibuka,
mari kita sama2 melangkah masuk dengan penuh rasa rendah diri dan tawadduk kerana
Nabi Tercinta Nabi Muhammad bersabda kepada umatnya :->
Kalau kita dekat dengan Allah sejengkal,
Allah dekat dengan kita sehasta,
Kalau kita dekat sehasta, Allah dekat ke kita sedepa,
Kita datang berjalan, Allah datang berlari
>>>Saya sangat sayang Tuhan Saya Yang Satu,Ya Allah<<<
No comments:
Post a Comment