Cuti sekolah dah nak habis...kuang kuang kuang...
saya sedih :(
walaupun saya seorang guru yg bersemangat.:Dhehehehehehe
Cuti sekolah tidak seperti biasa..
Pulang dari rumah emak dan ayah mentua tercinta,saya ke rumah emak dan ayah saya tercinta pula..
kepulangan saya ke rumah emak dan ayah tidak seperti biasa..
Jika biasa,belum turun dari kereta lagi,
emak dan ayah sudah tunggu di luar rumah
menyambut kami dan cucu2 mereka,
turun daripada kereta,tangan emak dan ayah disambut dan dicium
wajah mereka ditatapi
ayah sibuk menyuruh emak hidangkan lauk pauk masakan kegemaran saya sekeluarga
Tapi kali ini tidak..
Mereka sedang menunaikan umrah..dan kami rasa terlalu kehilangan
balik rumah tidak disambut,
tiada ketawa ayah dan emak melayan cucu
tiada kata2 dari ayah kepada saya.
"biarlah adah,budak2(ainul n iqmal) tu main..."
walaupun ayahlah paling garang dahulu waktu saya remaja sbb sy paling nakal :)...
tiada masakan kegemaran saya terhidang,hanya meja kosong
tiada borak2 di meja makan
tiada kongsi cerita di depan tv..
Rindunya....
waktu ini,saya lebih terasa takut kehilangan mereka berdua..
ayah dan emak sudah tua,tidak segagah dulu,
saya melihat mereka daripada kecil saya sering demam,
semasa nakal di usia remaja saya,
berkahwin dan beranak dua...
Ayah dan emak daripada seorang yang gigih dan gagah bekerja menyara dan membahagiakan kami,
kini mereka sudah dimamah usia tua,
berdua di rumah kami,syurga kami..
Kasih sayang mereka
kekadang diterjemah dengan pujian,
kekadang marah,
kekadang nasihat,
kekadang bebelan,
kekadang senyuman,
kekadang ketawa,
kekadang pula melalui cerita...
di waktu kecil,kanak2,remaja sehingga dewasa...
Kini baru saya lebih mengerti itu semua setelah saya punya 2 orang amanah,anak2 saya..
Semua ibubapa mahukan terbaik untuk anak2 mereka,melihat anak2 bahagia di dunia dan akhirat.
Dan
sehingga kini pengorbanan dan kasih sayang emak dan ayah tidak terbalas oleh saya...
Namun doa buat mereka tidak pernah saya lupakan di dalam doa saya...
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan,
supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata
dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang daripada keduanya,
atau kedua-duanya sekali,
sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar),
sekalipun perkataan ‘uuh’
dan
janganlah engkau menengking mereka,
tetapi
ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun).
ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu
dan doakanlah
(untuk mereka, dengan berkata):
“Wahai Tuhanku,
cucurilah rahmat kepada mereka berdua
seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara
dan
mendidikku ketika kecil.”
(Surah al-Israk ayat 23-24).
“Dan Kami
wajibkan manusia
wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah
dan
melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedangkan tempoh mengandungnya
beserta dengan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Surah al-Ahqaf ayat 15).
...Ampunkan saya...
<3 Saya sangat sayang kalian berdua <3