Saturday, 12 May 2012

Abdi 2 Belajar dalam Bermain :)

Abdi 2
>> Belajar dalam Bermain<<

-Menyiapkan diri untuk kelas yang akan diajar(esok atau akan datang) sangat penting(walaupun sudah 10 tahun mengajar)

-Preparation is the most important part in every system

-Aktiviti yang melibatkan hands-on (aktiviti yg menyeronokkan) dan minds-on (pelajar berfikir) difikirkan untuk dilaksanakan

-Pelajar2 di tadika dan sekolah rendah gembira dengan apa yang mereka pelajari kerana banyak aktiviti yang menyeronokkan

-Pelajar di MRSM juga masih bergelar pelajar yang mahukan aktiviti yang menyeronokkan

-Pelajar akan bermain (melakukan aktiviti) tetapi dalam masa yang sama mereka belajar sesuatu yang baru

-Malah pelajar akan ingin mengambil tahu mengapa dan mengapa dengan bertanya guru itu dan ini,ia akan menambahkan lagi ilmu mereka

-Mereka akan bercerita pengalaman mereka sesama sendiri dan mengaitkan dengan apa yang dipelajari

-Mereka mula mahu mencipta dan mengkaji sesuatu yang lebih mendalam dalam sesuatu topik itu

-Minat dan suka mereka akan bercambah seterusnya mereka tak sabar2 mahu belajar di waktu seterusnya di hari yang lain.

-Siapa yang tidak suka seronok dan siapa yang suka tidak seronok.


*jika kita menaip di Google belajar dalam bermain,banyak teori dan hukum akan menerangkan,saya juga telah cuba,dan ia amat membantu minat pelajar dalam subjek saya mengajar,cuma kita perlu berfikir lebih dan ready lebih,tapi usah risau,jika hati kita ikhlas,Allah sentiasa memberi ilham dan petunjuk*

Friday, 11 May 2012

Abdi 1 Seronok di Awal Kelas :)


Saya sentiasa dan masih mencari2 cara mendidik dan cara mengajar :)
Cara mendidik Rasullullah adalah IDOLA saya.

Tidak kira siapa;lama atau baru seorang guru, itu bukan soalnya,
cara mengajar dan mendidik yang terbaik datang dari hati yang ikhlas mencari redhaNYA.
Doakan saya sentiasa menjadi cikgu yang baik di bawah limpah hidayah,rahmat dan petunjukNYA.Amin

Ingin saya mengabdikan pengalaman mengajar dan mendidik anak2 didik di dalam kelas di blog ini :))
Jika ada teguran atau ingin berkongsi pendapat,saya amat terbuka untuk menerima semua idea dan pendapat.
Segalanya milikNYA.

Abdi 1
>Wujudkan situasi belajar yang menyeronokkan di awal kelas<

-Perlu faham sebelum kelas kita,mereka baru sahaja belajar subjek yang lain,mungkin susah atau mereka baru lepas kena marah

-Sambut dan mulakan kelas dengan Senyum yang datang dari hati yang gembira kepada mereka

-Pelajar akan mulakan kelas dengan set minda yang positif dan gembira

-Ambil tahu apa pelajar buat sebelum masuk kelas,subjek apa,rehat makan apa,sakit apa

-Just be a care person with sincere heart

-Mainkan lagu yang mendamaikan 

>>mereka manusia,kita manusia,mereka ada perasaan,kita ada perasaan,mereka ada harga diri,kita ada harga diri,mereka hambaNYA,kita hambaNYA,saya sayang mereka,mereka sayang saya<<



Wednesday, 9 May 2012

Salam Special Bulan Mei :)



Allah berfirman [3:159]

Maka berkat rahmat Allah,engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya engkau bersikap kasar dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah keampunan untuk mereka,dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya, Allah mencintai orang yang bertawakal.

Rasulullah bersabda

Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dari kamu sekalian adalah orang yang paling baik akhlaknya,sopan dalam bergaul,iaitu orang yang mudah bergaul dengan orang lain, dan orang lain pun mesra dan menyenanginya.Dan orang yang aku paling benci ialah orang yang menjalani kehidupan dengan memburukkan orang lain dan memecah-belahkan teman-teman,dan mencari aib dan memfitnah orang yang tidak bersalah.



Subhanallah,Allah mencipta Islam yang suci,benar dan sangat indah.
Salawat keatas Nabi Muhammad S.A.W