Friday, 11 May 2012

Abdi 1 Seronok di Awal Kelas :)


Saya sentiasa dan masih mencari2 cara mendidik dan cara mengajar :)
Cara mendidik Rasullullah adalah IDOLA saya.

Tidak kira siapa;lama atau baru seorang guru, itu bukan soalnya,
cara mengajar dan mendidik yang terbaik datang dari hati yang ikhlas mencari redhaNYA.
Doakan saya sentiasa menjadi cikgu yang baik di bawah limpah hidayah,rahmat dan petunjukNYA.Amin

Ingin saya mengabdikan pengalaman mengajar dan mendidik anak2 didik di dalam kelas di blog ini :))
Jika ada teguran atau ingin berkongsi pendapat,saya amat terbuka untuk menerima semua idea dan pendapat.
Segalanya milikNYA.

Abdi 1
>Wujudkan situasi belajar yang menyeronokkan di awal kelas<

-Perlu faham sebelum kelas kita,mereka baru sahaja belajar subjek yang lain,mungkin susah atau mereka baru lepas kena marah

-Sambut dan mulakan kelas dengan Senyum yang datang dari hati yang gembira kepada mereka

-Pelajar akan mulakan kelas dengan set minda yang positif dan gembira

-Ambil tahu apa pelajar buat sebelum masuk kelas,subjek apa,rehat makan apa,sakit apa

-Just be a care person with sincere heart

-Mainkan lagu yang mendamaikan 

>>mereka manusia,kita manusia,mereka ada perasaan,kita ada perasaan,mereka ada harga diri,kita ada harga diri,mereka hambaNYA,kita hambaNYA,saya sayang mereka,mereka sayang saya<<



No comments:

Post a Comment