Saturday, 12 May 2012

Abdi 2 Belajar dalam Bermain :)

Abdi 2
>> Belajar dalam Bermain<<

-Menyiapkan diri untuk kelas yang akan diajar(esok atau akan datang) sangat penting(walaupun sudah 10 tahun mengajar)

-Preparation is the most important part in every system

-Aktiviti yang melibatkan hands-on (aktiviti yg menyeronokkan) dan minds-on (pelajar berfikir) difikirkan untuk dilaksanakan

-Pelajar2 di tadika dan sekolah rendah gembira dengan apa yang mereka pelajari kerana banyak aktiviti yang menyeronokkan

-Pelajar di MRSM juga masih bergelar pelajar yang mahukan aktiviti yang menyeronokkan

-Pelajar akan bermain (melakukan aktiviti) tetapi dalam masa yang sama mereka belajar sesuatu yang baru

-Malah pelajar akan ingin mengambil tahu mengapa dan mengapa dengan bertanya guru itu dan ini,ia akan menambahkan lagi ilmu mereka

-Mereka akan bercerita pengalaman mereka sesama sendiri dan mengaitkan dengan apa yang dipelajari

-Mereka mula mahu mencipta dan mengkaji sesuatu yang lebih mendalam dalam sesuatu topik itu

-Minat dan suka mereka akan bercambah seterusnya mereka tak sabar2 mahu belajar di waktu seterusnya di hari yang lain.

-Siapa yang tidak suka seronok dan siapa yang suka tidak seronok.


*jika kita menaip di Google belajar dalam bermain,banyak teori dan hukum akan menerangkan,saya juga telah cuba,dan ia amat membantu minat pelajar dalam subjek saya mengajar,cuma kita perlu berfikir lebih dan ready lebih,tapi usah risau,jika hati kita ikhlas,Allah sentiasa memberi ilham dan petunjuk*

No comments:

Post a Comment