drpd bulan 7 beberapa hari sebelum berpuasa hingga bulan 11 ini... :))
Sunday, 18 November 2012
Thursday, 12 July 2012
Luahan Hatiku...
8 hari lagi bulan Ramadhan...:)sangat seronok dan tak sabar,tiada syaitan...Nafsu sendiri ujian diri..
Hari ini saya ingin mencoret sedikit pendapat mengenai dunia saya,dunia guru dan pelajar.
Sebagai guru,saya sering melihat dan berdepan dengan segala macam ragam dunia remaja setiap hari..zaman remaja terkini...dan tak mungkin saya pernah berada di dalam zaman remaja seperti mereka,sebab sekarang saya sudah tua dan lama meninggalkan zaman remaja pop yeh yeh saya :)
Namun bukan itu,isu yang saya cuba sampaikan.
Isunya dalam menghadapi keadaan ini,saya rasa sang dewasa perlu menyelami zaman remaja terkini,kadang2 orang dewasa cuba menyalahkan yang muda remaja tentang laku mereka tanpa empati..(menyelami bukan memasuki)
Saya rasa sesekali cuba kita empati dan mengenali apa yang mereka hadapi,mereka lahir dengan keadaan semua serba lengkap,keluarga yang ekonominya lebih baik,tv warna penuh cerita,piring astro di atap rumah masing,jari menjadi medium mengenali dunia IT dan dunia luar...sudah tentu cabaran mereka di usia remaja lebih mencabar daripada zaman remaja kita yang serba lain daripada mereka...
Saya tak kata apa mereka lakukan itu benar jika menyalahi peraturan agama..Tapi apakah yang kita lakukan untuk mengatakan kepada mereka bahawa pintu taubat dan pintu kembali kepada kebaikan itu masih ada..Bagaimana kaedah kita menyatakan,menasihatkan remaja kini sama seperti kita remaja dahulu?Adakah pendekatannya sama seperti mereka berada lahir di zaman remaja kita dahulu?
Jika kita sentiasa menyalahkan,mengherdik,memarahi tanpa menerangkan apa yang sepatutnya mereka lakukan,tanpa membimbing mereka dengan ilmu agama sebenar,tanpa mencadangkan kepada mereka apa yang perlu mereka buat,tanpa berbincang dengan mereka apa yang salah,saya rasa sampai bila-bila kita akan menjadi seorang dewasa yang sentiasa menyalahkan anak-anak remaja tanpa memikirkan solusi terbaik untuk membentuk remaja di zaman yang penuh pancaroba kini...
Sesungguhnya, satu kita boleh pegang;walau berubah generasi,walau berubah zaman,kita ada kekuatan yang sangat kuat dan benar sepanjang zaman iaitu ilmu Islam itu sesuatu yang benar,mukjizat isi alQuran itu benar,hadis Nabi kita itu pegangan dan contoh terbilang buat seluruh umatnya hingga hari kiamat.
Agama kita kaya dengan kehalusan kata,lembut,penyayang,pemurah,bersangka baik dan kebaikan.
Agama kita melarang mencela,mengumpat,membuka aib manusia,berkasar..
Namun agama kita tetap tegas,benar,selamat dan bahagia berada di dalamnya <3
...Mencari solusi itu lebih baik rasanya daripada sentiasa menyalahi....
*saya harap nukilan saya kali ini tidak mengganggu emosi sesiapa,saya memohon maaf jika kata2 saya tidak berkenan di hati,tetapi itulah sentiasa bermain di minda dan di hati saya....

Saturday, 30 June 2012
c.i.n.t.a
- kenang kebaikan manusia
- fikir baik dalam diri seseorang
- ayat penyata itu lebih baik berbanding ayat kutukan dan ayat kecaman
- nyatakan kebaikan
- nyatakan kebaikan dan kesan
- serlahkan kebaikan
- puji kebaikan
- nyatakan cara
- berikan cara bukan bebelan
- berkongsi idea
- hormat
- kasih
- segan
- faham
- tidak mengambil kesempatan atas kebaikan manusia
- hargai
- sangka baik
- humble=tawadduk
- berterima kasih
- didik + nasihat
- malu
- bercakap tentang perkara yg benar
- beringat tentang perkara yang salah
- bersama
- bekerjasama
- hati yang baik
- mengingati mati
- beribadat kepadaNYA
- bersyukur kepadaNYA
- nikmati nikmatNYA di jalanNYA
- jauhi apa yang dilarangNYA
- Rasa bahagia akan dirasa <3
Wednesday, 27 June 2012
Bukan sebab kita
Manusia hebat bukan sebab manusia hebat
manusia baik bukan sebab manusia baik
manusia pandai bukan sebab manusia pandai
manusia bagus bukan sebab manusia bagus
manusia kelihatan cantik bukan sebab manusia itu cantik
Sebab manusia sentiasa dikurnai semuanya itu oleh Allah yg MAHA Pemurah Lagi Maha Penyayang
Surah Ali Imran: 145,
“Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”
Surah Ibrahim: 7,
“Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”
Surah At-Taubah: 28,
“Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”
*Ayat ini diulang sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar Rahman...
"Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan? "
Mari membaca tafsirannya.....>http://qurannet.tripod.com/055rahman.htm
*Terima kasih dan syukur Ya Allah,semoga kita semua tetap dijalanNYA.Amin*
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Saturday, 12 May 2012
Abdi 2 Belajar dalam Bermain :)
Abdi 2
>> Belajar dalam Bermain<<
-Menyiapkan diri untuk kelas yang akan diajar(esok atau akan datang) sangat penting(walaupun sudah 10 tahun mengajar)
-Preparation is the most important part in every system
-Aktiviti yang melibatkan hands-on (aktiviti yg menyeronokkan) dan minds-on (pelajar berfikir) difikirkan untuk dilaksanakan
-Pelajar2 di tadika dan sekolah rendah gembira dengan apa yang mereka pelajari kerana banyak aktiviti yang menyeronokkan
-Pelajar di MRSM juga masih bergelar pelajar yang mahukan aktiviti yang menyeronokkan
-Pelajar akan bermain (melakukan aktiviti) tetapi dalam masa yang sama mereka belajar sesuatu yang baru
-Malah pelajar akan ingin mengambil tahu mengapa dan mengapa dengan bertanya guru itu dan ini,ia akan menambahkan lagi ilmu mereka
-Mereka akan bercerita pengalaman mereka sesama sendiri dan mengaitkan dengan apa yang dipelajari
-Mereka mula mahu mencipta dan mengkaji sesuatu yang lebih mendalam dalam sesuatu topik itu
-Minat dan suka mereka akan bercambah seterusnya mereka tak sabar2 mahu belajar di waktu seterusnya di hari yang lain.
-Siapa yang tidak suka seronok dan siapa yang suka tidak seronok.

*jika kita menaip di Google belajar dalam bermain,banyak teori dan hukum akan menerangkan,saya juga telah cuba,dan ia amat membantu minat pelajar dalam subjek saya mengajar,cuma kita perlu berfikir lebih dan ready lebih,tapi usah risau,jika hati kita ikhlas,Allah sentiasa memberi ilham dan petunjuk*
Friday, 11 May 2012
Abdi 1 Seronok di Awal Kelas :)
Cara mendidik Rasullullah adalah IDOLA saya.
Tidak kira siapa;lama atau baru seorang guru, itu bukan soalnya,
cara mengajar dan mendidik yang terbaik datang dari hati yang ikhlas mencari redhaNYA.
Doakan saya sentiasa menjadi cikgu yang baik di bawah limpah hidayah,rahmat dan petunjukNYA.Amin
Jika ada teguran atau ingin berkongsi pendapat,saya amat terbuka untuk menerima semua idea dan pendapat.
Segalanya milikNYA.
Abdi 1
>Wujudkan situasi belajar yang menyeronokkan di awal kelas<
-Perlu faham sebelum kelas kita,mereka baru sahaja belajar subjek yang lain,mungkin susah atau mereka baru lepas kena marah
-Sambut dan mulakan kelas dengan Senyum yang datang dari hati yang gembira kepada mereka

-Pelajar akan mulakan kelas dengan set minda yang positif dan gembira
-Ambil tahu apa pelajar buat sebelum masuk kelas,subjek apa,rehat makan apa,sakit apa
-Ambil tahu apa pelajar buat sebelum masuk kelas,subjek apa,rehat makan apa,sakit apa
-Just be a care person with sincere heart
-Mainkan lagu yang mendamaikan
>>mereka manusia,kita manusia,mereka ada perasaan,kita ada perasaan,mereka ada harga diri,kita ada harga diri,mereka hambaNYA,kita hambaNYA,saya sayang mereka,mereka sayang saya<<
Wednesday, 9 May 2012
Salam Special Bulan Mei :)
Allah berfirman [3:159]
Maka berkat rahmat Allah,engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya engkau bersikap kasar dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah keampunan untuk mereka,dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya, Allah mencintai orang yang bertawakal.
Rasulullah bersabda
Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dari kamu sekalian adalah orang yang paling baik akhlaknya,sopan dalam bergaul,iaitu orang yang mudah bergaul dengan orang lain, dan orang lain pun mesra dan menyenanginya.Dan orang yang aku paling benci ialah orang yang menjalani kehidupan dengan memburukkan orang lain dan memecah-belahkan teman-teman,dan mencari aib dan memfitnah orang yang tidak bersalah.
Subhanallah,Allah mencipta Islam yang suci,benar dan sangat indah.
Salawat keatas Nabi Muhammad S.A.W
Saturday, 28 April 2012
Sy Suka huruf S :)
solat
sabar
sihat
sistematik
sakaratulmaut
sedekah
sopan
susunatur
senyum
selamat
salam
siap
sisir
simpan
senang
sangkabaik
suka
selalu
sesal
sayang
selesa
sasar
saadah = gembira <3
https://www.facebook.com/pages/Motivasi-PAGI-2012/202749516478727

Saturday, 14 April 2012
Bilanya yang tidak sibuk ? :D
Fuh!dah lama tak berblog :D:D
Sibuk di sekolah,di rumah,mengurus itu dan ini
melaksanakan tanggungjawab itu dan ini...
Kerja itu adalah ibadah,melaksanakan tanggungjawab dan amanah itu adalah tuntutan.
Keikhlasan dan tiada kemaksiatan itu adalah kepuasan dalam melaksanakan segala jenis pekerjaan
Ada juga mengasingkan antara kerja dan ibadah..
Kerja dan ibadah itu adalah satu,itulah keindahan islam..
Janji,niat itu sentiasa diperbetulkan,
hati itu berteraskan keranaNYA
Marah bukan kerana amarah
Senyum bukan kerana terpaksa
Memuji bukan kerana meminta
Ketawa bukan kerana lupa semua gembira dariNYA
Benci bukan kerana menghina
Islam sangat indah,sangat cantik,sangat suci dan sangat luas...
Kita sering diingatkan dengan hadis dan ayat2 alQuran di bawah,dan itulah penguat hati kita sebenarnya <3...

"Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan),
maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;
dan
kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"
~AtTaubah ayat 105~
"Kemudian setelah selesai solat,
maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing),
dan carilah limpah kurniaan Allah,
serta ingatlah Allah sebanyak-banykanya(dalam setiap keadaan),
supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat)"
~Al Jumaah ayat 10~
"Jika pergi seseorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya,
sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta
maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain
sama ada diberi atau tidak
kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah,
mulailah daripada yang terdekat."
~Rasulullah SAW ~
"Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu’min yang bekerja (Hadiht)"
~Rasulullah S.A.W~
>>Jika kita sentiasa bekerja sebagai ibadah,
kita tiada masa bekerja dengan sambil lewa,tidak bersungguh2,berbalah2
kerana niat bekerja adalah keranaNYA<<
*jika dia seorang pekerja yang baik di tempat kerja,
dia juga wajib seorang yg baik di rumah~by my sahabat*
Saturday, 17 March 2012
Cuti dah nak abis..Grr grr Grr
Selamat cuti habis...
Cuti sekolah dah nak habis...kuang kuang kuang...
saya sedih :(
walaupun saya seorang guru yg bersemangat.:Dhehehehehehe
Cuti sekolah tidak seperti biasa..
Pulang dari rumah emak dan ayah mentua tercinta,saya ke rumah emak dan ayah saya tercinta pula..
kepulangan saya ke rumah emak dan ayah tidak seperti biasa..
Jika biasa,belum turun dari kereta lagi,
emak dan ayah sudah tunggu di luar rumah
menyambut kami dan cucu2 mereka,
turun daripada kereta,tangan emak dan ayah disambut dan dicium
wajah mereka ditatapi
ayah sibuk menyuruh emak hidangkan lauk pauk masakan kegemaran saya sekeluarga
Tapi kali ini tidak..
Mereka sedang menunaikan umrah..dan kami rasa terlalu kehilangan
balik rumah tidak disambut,
tiada ketawa ayah dan emak melayan cucu
tiada kata2 dari ayah kepada saya.
"biarlah adah,budak2(ainul n iqmal) tu main..."
walaupun ayahlah paling garang dahulu waktu saya remaja sbb sy paling nakal :)...
tiada masakan kegemaran saya terhidang,hanya meja kosong
tiada borak2 di meja makan
tiada kongsi cerita di depan tv..
Rindunya....
waktu ini,saya lebih terasa takut kehilangan mereka berdua..
ayah dan emak sudah tua,tidak segagah dulu,
saya melihat mereka daripada kecil saya sering demam,
semasa nakal di usia remaja saya,
berkahwin dan beranak dua...
Ayah dan emak daripada seorang yang gigih dan gagah bekerja menyara dan membahagiakan kami,
kini mereka sudah dimamah usia tua,
berdua di rumah kami,syurga kami..
Kasih sayang mereka
kekadang diterjemah dengan pujian,
kekadang marah,
kekadang nasihat,
kekadang bebelan,
kekadang senyuman,
kekadang ketawa,
kekadang pula melalui cerita...
di waktu kecil,kanak2,remaja sehingga dewasa...
Kini baru saya lebih mengerti itu semua setelah saya punya 2 orang amanah,anak2 saya..
Semua ibubapa mahukan terbaik untuk anak2 mereka,melihat anak2 bahagia di dunia dan akhirat.
Dan
sehingga kini pengorbanan dan kasih sayang emak dan ayah tidak terbalas oleh saya...
Namun doa buat mereka tidak pernah saya lupakan di dalam doa saya...
Emak dan ayah,saya pernah melukakan hati dengan riak wajah,tingkah,laku serta kata2 saya..
...Ampunkan saya...

“Dan Tuhanmu sudah perintahkan,
supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata
dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang daripada keduanya,
atau kedua-duanya sekali,
sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar),
sekalipun perkataan ‘uuh’
dan
janganlah engkau menengking mereka,
tetapi
ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun).
ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu
dan doakanlah
(untuk mereka, dengan berkata):
“Wahai Tuhanku,
cucurilah rahmat kepada mereka berdua
seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara
dan
mendidikku ketika kecil.”
(Surah al-Israk ayat 23-24).
“Dan Kami
wajibkan manusia
wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah
dan
melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedangkan tempoh mengandungnya
beserta dengan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Surah al-Ahqaf ayat 15).
...Ampunkan saya...
<3 Saya sangat sayang kalian berdua <3
Friday, 9 March 2012
Perbuatan itu lagi HEBAT drpd Perkataan
Jika saya seorang....
Pemimpin/ketua/guru/ibu/ayah yang punya tanggungjawab pada mereka yg dipimpin,
kadang2 saya perlu tahu dan mengambil tahu.....
>jika saya suka mengkritik,mereka akan belajar menyalahkan orang lain
>jika saya memimpin dalam kesabaran,mereka akan menjadi seorang penyabar
>jika saya suka menengking dan berkasar,mereka akan belajar melawan dengan orang lain
>jika saya suka memberi galakan,mereka akan menjadi manusia yang mempunyai confident level yg tinggi
>jika saya suka menakut-nakutkan mereka,mereka akan menjadi pengecut
>jika saya memimpin mereka dlm perbincangan,mereka belajar menyayangi diri mereka & org lain seikhlasnya
>jika saya suka memberi kejian,mereka akan menjadi pendendam dalam diam
>jika saya suka menghargai,mereka akan belajar menghargai dan menghormati org lain
>jika saya suka menyuruh membuat kerja untuk pujian,mereka akan belajar menjadi hipokrit dalam tindakan
>jika saya memimpin mereka memahami kejujuran,mereka belajar memahami kebenaran dan keikhlasan
>jika saya memimpin dengan melihat kedudukan,mereka belajar untuk sombong dengan kejayaan
>jika saya memimpin dengan keadilan,mereka belajar menjadi adil dalam urusan
>jika saya memimpin dan mendidik dengan jeritan,mereka belajar membenci manusia yang banyak berkorban
>jika saya memimpin dan mendidik mereka hidup dalam keselamatan,mereka hidup dalam keyakinan
>jika saya memimpin dengan kasih sayang,mereka akan belajar menyayangi diri mereka sendiri,menyayangi org lain dan paling utama menyayangi Tuhan yang mencipta mereka
Bersihkan Hati,Cantikkan Jiwa,Ikhlaskan Hati
Kita adalah Pemimpin untuk Jiwa dan Diri kita sendiri
Sunday, 4 March 2012
"Kenapa aq kena belajar??"
Kenapa saya belajar??
Saya dulu ada fikir kena belajar
sbb nak tolong makayah,nak kerja bagus,nak gaji besar dan lain2 lagi..
Tetapi setelah 30an ini saya fikir kenapa kena belajar (menuntut ilmu) adalah lebih daripada itu sebenarnya...
Tetapi setelah 30an ini saya fikir kenapa kena belajar (menuntut ilmu) adalah lebih daripada itu sebenarnya...
Belajar itu susah,tetapi di sebalik susah menuntut ilmu itu saya sebenarnya memperolehi :_
>cara mengurus masa diri sendiri
>cara mengawal emosi tension dan stress
>cara mengawal tekanan
>cara berinteraksi dengan orang lain
>cara bersangka baik dengan pendapat orang lain
>cara berfikir pendapat atau perkara lebih baik
>cara menjadi pemimpin
>cara menghormati pemimpin
>cara berkomunikasi yang tidak menyakiti orang
Sebenarnya itu semua saya akan memperolehinya hanya semata semasa saya menuntut ilmu :)
Pernah satu hari saya terkesima dengan hadis di bawah,
Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah SAW,
Lalu bertanya
Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seorang yang pergi berperang
untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?
Maka Rasulullah SAW bersabda..
“Orang itu tidak beroleh sebarang pahala,
Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali
dan Rasulullah SAW pula tetap menjawab:
‘Orang itu tidak beroleh sebarang pahala,
akhirnya baginda bersabda (lagi):
Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untuk-Nya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaan-Nya”.
(HR Abu Daud dan An-Nasa’i).
Itulah kekuatan Nabi Muhammad,nabi terhebat dalam semua bidang
Itulah kekuatan sahabat2 nabi yang hebat di bidang masing2
Itulah kekuatan sahabat2 nabi yang hebat di bidang masing2
Itulah kekuatan saintis2 islam,Ibn Sina dll
Itulah kekuatan Iskandar Zulkarnain menakhluk rantau
Itulah kekuatan Iskandar Zulkarnain menakhluk rantau
Itulah kekuatan org2 islam yang berjaya dengan gemilang
Kekuatan mereka adalah dalam jiwa mereka,sangat kuat,
mereka menuntut ilmu
dan mahu berjaya semata2 mencari keredhaan Allah
dan akhirnya mereka dapat kejayaan yang GEMILANG
dalam hidup mereka di pelbagai sudut
dalam hidup mereka di pelbagai sudut
kerana
niat mereka bukan berfokus kepada keduniaan tetapi mencari keredhaan Allah.
Mereka berjaya,
Mereka kaya,
Mereka sangat hebat pemikirannya,
Mereka sangat hebat pemikirannya,
Mereka pandai dan berilmu
TETAPI hati mereka tidak sombong
malah semakin tunduk dan tawaduk...
Itulah kekuatan mereka buat mereka berjaya...
Saya sangat terkesima dan kagum dengan kekuatan dalam JIWA mereka..
Saya doakan saya dan anda sentiasa diberi kekuatan ini
AMIN
Tuesday, 7 February 2012
RINGKAS di Februari>>moga ada yang singgah di HATI :)
- dulukan yang dulu
- pertamakan yang pertama
- utamakan yang utama
- berfikiran kreatif utk tidak bosan
- ada humour dalam hidup
- berfikir di dalam akal
- bersyukur di dalam hati
- zikir sentiasa di dalam hati
- ikhlas buat hati gembira
- senyum ubat hati duka
- hargai insan disekeliling
- letak diri dalam org lain
- hargai pemimpin
- cari isi dalam setiap kata2
- cari isi dalam bebelan
- fokus apa yang perlu
- fikir dalam alam
- fikir dalam kejadian
- lihat dalam hati diri sendiri
- sistematik bagai alam
- tersusun bagai sel
- indah bagai pantai
- damai bagai angin
- cantik bagai mawar
- bersih bagai putih
- ceria bagai burung
- gembira bagai monyet
- baik bagai sahabat
- hati2 dgn musuh
- sembunyi gembira
- simpan bahagia
- syukur dengan duka
- sentiasa fikir MATI pasti singgah dalam diri,di suatu hari,entah esok entah hari ini~
Thursday, 26 January 2012
Risau~~
Pantas sangat pantas..Biarlah kepantasan itu berlalu tanpa menggugat iman di hati..
>Ribut geomagnetik
>Ribut geomagnetik
>Jangkaan tsunami 25 m di Jepun
>Banjir dan bah di bandar2 besar di dunia
>Matahari semakin bergelodak
>Gempa bumi di sana sini
dan banyak lagi fenomena2 yang mungkinkah saya terlibat dan mungkin nyawa saya di hujung tanduk(Nauzubillah)..
saya risau dan takut dengan apa yang berlaku di sekeliling...
tetapi apa sebenarnya yang saya risaukan?? Adakah
saya risau dan takut dengan apa yang berlaku di sekeliling...
tetapi apa sebenarnya yang saya risaukan?? Adakah
?kepada kematian,
?mati
?kehidupan selepas mati
?risaukan amalan yang kurang
?risau atas dosa yang lepas dan dosa yang dilalui
banyak lagi sebab yang boleh kita fikirkan...kenapa kita risau dan takut.
Apapun,
saya perlu...saya perlu...saya perlu...
sentiasa memperbersihkan hati,
sedar saya hambaNYA,
dicipta untuk mengabdikan diri hanya untukNYA,
segala gerak dan laku keranaNYA,
melakukan terbaik keranaNYA
ikhlas,takwa,tawaduk atas perbuatan,
taubat nasuha atas dosa,
lihat kesilapan diri dan kesilapan hati...
Saya tahu saya hamba yang lemah,
Kadang2 saya kalah dengan dunia dan amarah,
kalah dengan hati yang lara...
Memang sangat benar
Pencipta kita Maha Sayang,Maha Kasih,Maha Lembut kepada saya.
Saya yang sering menzalimi diri saya sendiri...
...Tidak boleh salahkan sesiapa,kecuali diri sendiri...
Pintu Taubat Nasuha sentiasa dibuka,
mari kita sama2 melangkah masuk dengan penuh rasa rendah diri dan tawadduk kerana
Nabi Tercinta Nabi Muhammad bersabda kepada umatnya :->
Kalau kita dekat dengan Allah sejengkal,
Allah dekat dengan kita sehasta,
Kalau kita dekat sehasta, Allah dekat ke kita sedepa,
Kita datang berjalan, Allah datang berlari
>>>Saya sangat sayang Tuhan Saya Yang Satu,Ya Allah<<<
Monday, 16 January 2012
Di dalam kita ada ~~dag dig dug~~
dag dig dug
itu bunyi jantung..:)
dalam bahasa science, jantung itu HEART..
dalam bahasa cinta, HEART itu hati...
maka HEART itu ada kaitan jantung dan hati dalam bahasa yang berbeza...
dan Hati dalam rohani diri akan menentukan setiap inci tindakan kita...
Januari sudah sampai pertengahan,sangat pantas,bulan di atas langit sudah mula mengambang penuh cantik :)
*Jika ada di tepi tingkap,jenguk2lah di luar melihat kecantikan ciptaan Illahi yang kita tidak boleh cipta hatta
1 cm bulan*
Allahuakbar=Allah MAHA BESAR kekuasaannya dalam penciptaanNYA..
Cerita mengenai Januari permulaan tahun omputih banyaknyaaaaa kerja di awal tahun ini.Grrr grrr grrr.
Tanggungjawab baru digalas,kadang2 pemikiran kita walaupun sedang berjalan tapi di kotak pemikiran sedang berfikir mengenai kerja.
GRRRRR.
*Saya manusia yang masih lemah* sebab kekadang saya rasa tenSION dan streSS dengan banyaknya kerja untuk dibuat.
Namun itu adalah emosi,emosi itu boleh dikawal jika hati dan niat kita diperbetulkan.
begitu juga saya,saya mesti mengawal emosi dengan memperbetulkan niat di hati :))
Saya BOLEH!!!Yeah,doa dan niat yang betul patut mengiringi setiap usaha saya..
Saya selalu memperingatkan diri saya selalu kerana
alpa juga menyinggah di hati jika tidak memperingatkan diri sendiri.
**Saya selalu berfikir...
sebagai seorang manusia yang telah diberi oleh Allah
segala2nya sangat TERBAIK buat diri seorang manusia;
tubuh badan yang sangat membantu bergerak,
minda otak yang boleh berfikir akan sesuatu,
perasaan yang ada rasa di dalam jiwa,
iman yang buat hati tenang,
AlQuran dan Hadis yang menunjuk arah kebenaran dan kebahagiaan,
SANGAT PERFECT nikmat yang Allah berikan,
MAKA kita sebagai hamba yang dikurnai semua yang terbaik itu,
sangat PERLU membuat yang terbaik setiap urusan kita,
baik dari segi kerja,amanah,tanggungjawab,amal,ibadat dan segala2nya buat TERBAIK
kerana...
ALLAH telah memberi TERBAIK buat kita....
SubhanAllah=Maha Suci Allah

>>>Kita tidak mungkin menjadi PERFECT,tapi kita boleh melakukan sesuatu itu dengan TERBAIK<<<
Saya sangat kagum dengan Nabi kita,Nabi Muhammad,
Rasullullah telah dijanjikan syurga dan manusia PERFECT dalam segala2nya
tapi masih mempertingkatkan amal ibadat dan memohon ampun kepada Allah setiap hari.
Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Nabi kita yang mengajar kita dengan hadis2nya
dengan berselawat dan sentiasa belajar mendengar hadis2 yang sahih
dan berusaha memahami dan mengikutinya......
saya adalah manusia biasa yang ada dosa dan pahala
Tolong doakan Allah ampunkan dosa-dosa saya
moga kita jumpa di syurgaNYA
Amin
Monday, 2 January 2012
first entry of 2012 :)
It's just number..hehe
tahun baru,this is my first entry of 2012 <3
Moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya,
moga saya dapat belajar sesuatu daripada 2011 dan mana yang baik saya kekalkan dan tingkatkan kualitinya dan mana yang kurang dan tidak baik,saya dapat perbaiki dan tidak adakan dalam kehidupan saya,Amin
Apapun tahun baru islam itu lebih baik dari tahun baru kalender omputih kan:)
Tahun baru islam,buku amalan kita di bawa dan ditukar buku baru,doa dipinta semoga tahun baru buku amalan kita menjadi lebih baik,lebih pahala,kurang dosa,diampunkan dosa dan pengabdian diri dan niat di hati diperbaiki,segalanya keranaNYA.
Taipan akhir untuk kali ini,saya doakan saya dan kita semua mendapat hidayahNYA dan sentiasa di bawah hidayahNYA.Amin.

>> kita pasti diberi hidayahNYA dan di bawah hidayahNYA,
jika
kita mahu mendengar dan berfikir mengenainya :)<<
Dalam surah Al Mulk,ayat 10,Allah berfirman...
Dan mereka (ahli neraka) berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami
(sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
Subscribe to:
Posts (Atom)